SEKOLAH KU

Thursday 8 March 2012

SKSI Naib Johan Zon PKG Bota


Assalamualaikum

Tahniah kepada SKSI kerana :

  1. berjaya melaksanakan peranan sebagai Pengerusi Kejohanan Bola Sepak MSD Perak Tengah Zon Bota. Terima Kasih kepada pengerusi iaitu Encik Mokhtar bin Shaari dan guru-guru lelaki SKSI sebagai Jawatankuasa Peringkat Zon Bota, Bola Sepak MSD Perak Tengah.
  2. Jurulatih Bola Sepak sekolah iaitu Cikgu Tajul Amini bin Zahran berjaya membawa sekolah hingga ke Peringkat Akhir Kejohanan Bola Sepak MSD Perak Tengah (Zon Bota) sehingga dinobatkan Naib Johan Zon PKG Bota.
  3. seramai 6 orang pemain bola sepak dari Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar berjaya dipilih oleh panel Zon Bota sebagai pemain zon bota untuk mewakili zon bota ke pertandingan peringkat daerah. Tahniah juga kepada pemain sekolah lain yang turut terpilih iaitu dari SKIP, SK Bota Kanan & SK Bota Kiri.

JOHAN BOLA SEPAK ZON BOTA : SK ISKANDAR PERDANA
NAIB JOHAN  : SK SERI ISKANDAR

Sekitar Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Zon Bota oleh Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.


Piala Pusing rebutan sekolah-sekolah Zon Bota.


Bacaan Doa : Ustaz Zaki Yamani
Ucapan Guru Besar SKSI

Encik Zam-Zam bin Harun, Penyelia Sukan PPD Perak Tengah sedang menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami