SEKOLAH KU

Saturday 24 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Assalamualaikum

Tarikh         :         24 Mac 2012
Masa          :         8.30 a.m hingga 12.00 p.m
Tempat       :         Bilik Tutorial Sekolah (Blok D)

Hari ni selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG.  Pada hari ini juga selamat dijalankan pemilihan jawatankuasa baru. Terima Kasih kepada semua ibubapa atau penjaga yang sudi meluangkan masa hadir dan tahniah kepada semua Jawatankuasa PIBG bagi sesi baru.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas dan memainkan peranan sebagai AJKPIBG.  Semoga perjalanan sekolah terus cemerlang dan gemilang dengan apa yang di rancang.

Terima kasih juga kepada Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah (Pembangunan) 1 iaitu Encik Rosdi bin Mohd Yaacob kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat.






Harap Maaf : Gambar ADO Perak Tengah sewaktu merasmikan majlis tiada
kerana penulis sewaktu itu sedang membentangkan program sains 
bersama pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di bilik gerakan.

Harap maklum.

Sekali lagi pihak sekolah berterima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini baik secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada penerima hadiah cabutan bertuah...anda memang bertuah. Tahniah !!

Sekian.






No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami