SEKOLAH KU

Saturday 19 July 2014

KELAS TAMBAHAN UPSR (SAINS) RAMADHAN 1435H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca budiman...

19 Julai 2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435H, unit Kecemerlangan UPSR telah mengadakan kelas tambahan :

SAINS

Bermula pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

2 jam.

Guru yang terlibat ialah :

1.  Puan Rohani binti Sidek - 6 Melor ( Kehadiran 33/39)
2.  Puan Hajjah Ros Siah binti Ngah Abd Rahman - 6 Seroja (28/39)
3.  Puan Pairus binti Jamaluddin - 6 Teratai ( Kehadiran 29/40)
4.  Encik Arzahar bin Ismail - 6 Kenanga (Kehadiran 21/34)

Kehadiran : 111/153 orang  (72.5%)

Tuesday 15 July 2014

CUTI NUZUL QURAN

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA WARGA SEKOLAH.





15 JULAI 2014 / SELASA @  17 RAMADHAN 1435H.

KELAS TAMBAHAN UPSR (BAHASA MELAYU) RAMADHAN 1435H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman...

12 Julai 2014 bersamaan Sabtu, Unit Kecemerlangan UPSR telah mengadakan kelas Bahasa Melayu. 

Mata Pelajaran terlibat minggu ini ialah :  BAHASA MELAYU

Bermula pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi selama 2 jam.

Guru yang terlibat ialah :

1. Encik Hani bin Ngah Mat Ali - 6 Melor ( Kehadiran 29 / 39 orang )
2. Puan Salmah binti Ahmad - 6 Seroja ( Kehadiran 32 / 39 orang)
3. Encik Azeman bin Mat - 6 Teratai ( Kehadiran 29/ 40 orang )
4. Puan Zakiah binti Zamidi - 6 Kenanga ( Kehadiran 22/34 orang)

Kehadiran : 112/153 orang (73.20%)

Saturday 5 July 2014

KELAS TAMBAHAN UPSR (BAHASA INGGERIS) RAMADHAN 1435H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca...


Pada hari ini 5hb Julai 2014 bersamaan 7 Ramadhan 1435H, Unit Kecemerlangan Tahun Enam telah mengadakan Kelas Tambahan SABTU. 

Mata Pelajaran yang terlibat ialah BAHASA INGGERIS. 

Bermula pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi selama 2 jam

Guru yang terlibat ialah :

i.   Puan Azni binti Abd Rashid - 6M ( Kehadiran 25/39)
ii.  Puan Amilia binti Mohamad Amin - 6S (Kehadiran 22/39)
iii. Puan Azian binti Ismail - 6T (Kehadiran 22/40)
iv. Puan Mazni binti Omar - 6K (Kehadiran 09/35)

Kehadiran :  78/153 calon. (51.31%).

Terima kasih kepada yang hadir. Moga Allah memberkati anda semua. 

 Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.

Teacher Mazni bersama 09 murid Tahun Enam Kenanga.
Syabas..anda ada kemahuan untuk ke sekolah. 

Kelas 6 Melor - Taecher Azni.  
Teacher Amilia...6 Seroja. 

Laporan : Encik Arzahar bin Ismail
Penyelaras Tahun Enam 2013/2014

Thursday 3 July 2014

GERM BUSTER CHALLENGE 2014 (DR MUDA)( Mewakili Perak ke Peringkat Kebangsaan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman....

GOPENG (25 Jun 2014) bersamaan Rabu, sepasukan Dr Muda telah menyertai Pertandingan GERM BUSTER CHALLENGE 2014 bertempat di RTC Gopeng, Ipoh,Perak.

Wakil sekolah yang menyertai cabaran itu ialah :

1.   Irdina Fakhira binti Pakhuruddin
2.   Nurina Hadirah binti Shamsul Anuar
3.   Awatif Najihah binti Nor Amin
4.   Noordini Syahida binti Adnan

Kesemua merekea berusia 12 tahun.  Pertandingan ini berbentuk Explore Race. Diadakan sebanyak 10 check point.  Ada soalan yang perlu dijawab. 

Pertandingan ini disertai oleh wakil-wakil setiap daerah di negeri Perak. 

Saingan sengit diberikan oleh wakil Hilir Perak. Diperingkat akhir menentukan pemenang markah seri di antara Daerah Perak Tengah dan Daerah Hilir Perak.  Alhamdulilah nasib menyebelahi SKSI yang mewakili Daerah Perak Tengah apabila dapata menjawab soalan BONUS penentu JOHAN dengan baik dan tepat.

Syabas kepada wakil-wakil Perak Tengah yang diwakili murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Pada 5hb Oktober 2014, kami akan mewakili Perak ke peringkat kebangsaan di Perlis.

Doakan kejayaan kami semua. Amin.


Barisan guru dan wakil sekolah yang telah mengharunkan nama sekolah dan daerah
Guru : Puan Azizah Yahya dan Puan Fatnin Ghalib

Muka ceria...setelah dianugerahkan JOHAN
4 orang ini akan mewakili PERAK ke Peringkat KEBANGSAAN di PERLIS
5.10.2014


Tahniah.....Tahniah.....JUMPA DI PERLIS.

FACEBOOK RASMI DR MUDA SKSI



ASSALAMUALAIKUM.....

DR MUDA SKSI baru-baru ini telah melancarkan facebook rasmi.

Sila klik di bawah :

DR MUDA SKSI


KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH 2014 ( Mewakili Daerah ke Peringkat Negeri)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog yang budiman...

Alhamdulillah sekolah telah menempa satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan.  

Pada 28 Jun 2014 hari Sabtu bertempat di Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar berjaya mengondol Johan bagi 2 kategori yang disertai. 

1.     Pertandingan Saintis Muda ( Amali Sains Dalam Bahasa Inggeris ) - JOHAN
        Sekolah yang menyertai 15 buah sekolah seluruh Daerah Perak Tengah.

Fatimah Nabihah sedang menerima hadiah JOHAN
Penyampai Hadiah : Tuan Haji Saidin bin Osman
(Pegawai SIP+)
PPD Perak Tengah.
Mereka akan mewakili Perak Tengah ke Peringkat Negeri. Syabas !!

Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Ryss Haiqal rakan sepasukan Fatimah Nabihah.  Syabas dan Tahniah kerana anda ( Ryss Haiqal) masih bersemangat meneruskan pertandingan walapun ketika itu ibubapanya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menziarah pakciknya yang meninggal dunia.  Selepas sahaja pertandingan selesai Ryss Haiqal terus bergegas ke Kuala Lumpur tanpa sempat meraikan kejayaan bersama.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih ke atas ibubapa beliau atas pengorbanan ini dan salam takziah.

TERIMA KASIH KEPADA GURU PEMBIMBING AMALI SAINS  :

ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL
PUAN ROHANI BINTI HJ. SIDEK


2.    Pertandingan Bercerita Tahap 1 Tema Sains ( Dalam Bahasa Inggeris ) - JOHAN
       Sekolah yang menyertai 17 buah sekolah seluruh Daerah Perak Tengah.


Tahniah dan Syabas....kepetahan dan aksi yang mantap melayakakan Adek Nasuha 3M meraih JOHAN.
Comel dan berani itu kata guru-guru lain.  Walapun baru berusia 09 tahun tapi aksi beraninya amat dibanggakan.
Adik Nasuha akan mewakili Daerah Perak Tengah ke Peringkat Negeri.
Pertandingan akan di adakan di Daerah Batang Padang Ogos 2014.

Pihak sekolah juga mengupkan jutaan terima kasih atas komitmen ayah adik Nasuha yang sama-sama
dengan guru-guru memberi sokongan moral.  Beliau bersama guru hingga ke akhir pertandingan.


TERIMA KASIH KEPADA GURU PEMBIMBING BERCERITA   :

PUAN NORLIA BINTI ZAMBRI ( KETUA)
PUAN HIDAYAH PEONG BINTI ABDULLAH-Guru Sains ( BAHAGIAN PAKAIAN)
PUAN PAIRUS BINTI JAMALUDDIN-Guru Sains ( BAHAGIAN JATI DIRI DALAMAN)
ENCIK ZULKIFLI BIN WAN ZAINAN-Guru Muzik ( BAHAGIAN GERAK TUBUH)
ENCIK IRWAN SYAH-Guru Bahasa Inggeris ( BAHAGIAN SEBUTAN)

INSYALLAH....DOAKAN KEJAYAAN KAMI DI PERINGKAT NEGERI. AKAN BERTANDING DI DAERAH BATANG PADANG OGOS 2014. 

*PERINGKAT KEBANGSAAN DI KOTA BHARU KELANTAN. (Jika Menang di Peringkat Negeri)

Sejarah Sepintas Lalu  :

2011     - Peringkat Daerah      ( Amali Sains )  - Penyertaan 
                                                ( Bercerita )      - Johan

                Peringkat Negeri        (Bercerita)      - Penyertaan

2012    -   Sekolah tidak menghantar sebarang penyertaan.

2013    -   Peringkat Daerah   ( Amali Sains )  - Naib Johan 
                                              (Bercerita )       - Tempat ke 3

2014    -   Peringkat Daerah    ( Amali Sains )   - Johan
                                               (Bercerita )        - Johan


Laporan disediakan oleh :    Encik Arzahar bin Ismail 

Tuesday 1 July 2014

PELANCARAN DENGUE PATROL 2014 ( Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan)

Salam buat semua pembaca blog SKSI...

Alhamdulilah dengan izin Allah Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar pada 30hb Jun 2014 iaitu hari Isnin telah selamat melancarkan satu lagi program penting buat warga sekolah amnya dan warga DR Muda SKSI khasnya,

Bertempat di Dataran Kejat SKSI, sekolah di bawah bimbingan guru Puan Azizah binti Yahya serta beberapa orang guru penasihat serta ahli-ahli DR Muda melancarkan PROGRAM DENGUE PATROL.

Dengan pelancaran yang baik dan sempurna, pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha ini. Pihak sekolah terus mendoakan moga DENGUE PATROL ini menempa kejayaan seperti yang diimpikan. Usaha dan keyakinan yang tinggi pada ahli DENGUE PATROL meyakinkan pihak sekolah atas usaha yang diambil. 

Pihak sekolah menyokong sepenuhnya program serta mendoakan yang terbaik buat semua team DENGUE PATROL Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.


BANTING PROGRAM 

GURU BESAR SEDANG MERASMIKAN PROGRAM

PENGEDARAN RISALAH BERKAITAN DENGGI KEPADA GURU BESAR DAN GURU-GURU

GURU MENERIMA KEMPEN DENGAN GEMBIRA


GURU-GURU DI DEDAHKAN DENGAN BAHAYA DENGGI

GURU BESAR BERSAMA PK HEM SELESAI MELANCARKAN PROGRAM
PADA 30 JUN 2014 SEKITAR 8.00 PAGI DI DATARAN KEJAT SEKOLAH.


BARISAN YANG TERLIBAT SEPENUHNYA
BARISAN PENASIHAT PROGRAM DAN GURU-GURU PENASIHAT DENGUE PATROL SKSI
SERTA MURID-MURID.

Guru Penasihat Dr Muda SKSI :

1. Puan Azizah binti Yahya (Ketua) DG41
2. Ustaz Salim Husairi DG44
3. Encik Arzahar bin Ismail DG44
4. Puan Hjh Ros Siah binti Ngah Abd Rahman DG32
5. Ustazah Fatnin binti Ghalib  DG41 

SYABAS....DAN TAHNIAH. TERUSKAN USAHA ANDA.


Warna Warni Kehidupan Kami