SEKOLAH KU

Saturday 1 December 2012

Pencapaian UPSR 2012

Assalamualaikum...

Pada 19 November 2012, keputusan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar telah diumumkan secara rasmi kepada semua ibubapa calon di Dewan Makan Asrama Sekolah tepat jam 10.00 pagi.

Pengumuman telah dibuat oleh Tuan Guru Besar bersama Penyelaras Tahun Enam. Debaran yang ditunggu-tunggu oleh calon-calon terjawab sepenuhnya pada hari tersebut.

Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2012 bagi sekolah SKSI.


Bil
Jumlah Calon
5A
4A 1B
19 orang
22 orang

Matapelajaran UPSR
% Lulus
Bil Calon
BM (Pemahaman)
95.2
147 org
BM (Penulisan)
94.6
147 org
Bahasa Inggeris
86.4
147 org
Matematik
93.2
147 org
Sains
95.9
147 org
Kepada semua guru Khasnya GURU-GURU Tahun Enam 2012...Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas pengorbanan dan tunjuk ajar kalian hingga keputusan berikut diperolehi. Tahniah kerana Peratus LULUS sekolah kian meningkat tahun demi tahun.  2012 : 85%. 

Kepada guru-guru lain yang juga membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung pihak sekolah ucapakn jutaan terima kasih.  Kerjasama SEMUA warga SKSI adalah terbaik. Tanpa kerjasama yang erat antara semua warga SKSI kita tidak akan mendapat pencapaian sebaik ini.

Kepada 19 murid 5A Tahniah sekali lagi...kepada yang tidak mendapat 5A tidak beerti anda gagal. Perjalanan dalam akademik masih jauh. Usaha lagi selagi anda termampu. 

Buat semua barisan guru-guru Tahun Enam 2013 yang akan diumumkan tidak lama lagi di dalam Mesyuarat Pengurusan dan Kurikulum 2013 moga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik. In Shaa Allah.  


Calon-Calon Yang Memperolehi 5A dalam UPSR 2012

Moga 2013..menjanjikan keputusan yang lebih baik. In Shaa Allah.


Thursday 8 November 2012

Keputusan UPSR 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Temasya Sukan Kali ke 14 : Juara-Juara Sukan

Assalamualaikum...

Berikut adalah juara-juara yang menyerlah di sukan tahunan SEKOLAH SKSI.

Tahniah kepada rumah hijau...anda ternyata HEBAT !!

Olahragawan Sukan 2012
Rumah KUNING
* berjaya memecahkan rekod Lompat Tinggi sekolah
Rekod Baru : 1.42 m.

Olahragawati 2012
Rumah MERAH

Olahragawan Harapan 2012
RUMAH KUNING

Olahragawati Harapan 2012
RUMAH BIRU



JOHAN Tarik Tali 2012
Rumah KUNING
Guru Pembimbing : Hj Rabii bin Ahmad Juddin


`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Situasi di padang sewaktu sukan tahunan 2012 :

Padang basah dan licin.

Hingga berjumpa lagi Sukan Tahunan ke 15 pada 2013.

Laporan dan Jurufoto : Encik Arzahar bin Ismail

Temasya Sukan Kali-14

Assalamualaikum...

Pada 1/11/2012...jam 2.00 petang telah berlangsung Sukan Tahunan SKSI.  Pada awalnya perjalanan sukan berjalan dengan lancar. Tapi walaubagaimana pun, sekitar jam 4.00 petang..bumi bertuah Seri Iskandar telah dilanda hujan yang amat lebat. Maka perjalanan sukan diberhentikan atas beberapa faktor. Disambung pada pagi Isnin kerana Jumaat sekolah bercuti sempena sukan ini.

Johan Keseluruhan : Rumah Hijau.

Pegawai-Pegawai Sukan Yang Bertugas di Padang. 
Semua ini adalah guru SKSI.
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)

Rumah KUNING segak bergaya melangkah di padang.
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)

Comel-Comel Semuanya
Perbarisan Pra Sekolah SKSI
* Padang basah....namum ku redah jua. 
Jurufoto : ARZAHAR ISMAIL (SKSI)

Pengakap...segak bergaya. 
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)

Rumah Hijau....Hebat di Tahun 2012.
Tahniah !!!
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)

Rumah BIRU....menarik tertarik 
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)

LEBAH Rumah Kuning....BERBISA Beb.
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)

Semut Api..rumah merah.
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)
Bimbingan Cikgu Zulkifli bin Wan Zainan
Jurufoto : Ustazah Syuhada (SKLLKanan)
Tahun Enam...2012
Jurufoto : ARZAHAR ISMAIL (SKSI)
Pelajar Perempuan Tahun Empat
Jurufoto : ARZAHAR ISMAIL (SKSI)


YDP menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Jurufoto : ARZAHAR ISMAIL (SKSI)


Acara Pra Sekolah
Jurufoto : ARZAHAR ISMAIL (SKSI)

Hingga berjumpa kembali di Sukan Tahunan ke 15 (2013)

Majlis Anugerah Cemerlang : Guru-Guru SKSI 2012

Assalamualaikum....

Perghhhhhhhhhhhhh....ini lah barisan jentera yang bertungkus lumus sejak beberapa hari ini.
Alhamdulilah....SKSI berjaya mengelolakan majlis ini dengan jayanya.

Terima Kasih Semua.  Jumpa lagi 2013.

Syabas !!!
Semua guru SKSI memang TERBAEK.....:)

Apa yang penting KERJASAMA....Terima Kasih buat diri kita semua.

Barisan Mantap dan Bersefahaman 

Cikgu Azian....orang kuat disebalik tabir.

Guru Lelaki - Kumpulan Nasyid Harmoni

Semua ni...orang kuat Bahagian Hadiah.
Hadiah berjalan dengan lancar. 

3 anak dara pingitan....silap...Mak Dara pingitan sebenonya. :)
Korang memang terbaik....komitmen tinggi dalam menjalankan tugas.



JUMPA LAGI 2013.

Laporan : Encik Arzahar bin Ismail
Juru foto : Encik Arzahar (SKSI) dan Ustazah Syuhaida ( Sk Layang-Layang Kanan)

Majlis Anugerah Cemerlang : Tokoh-Tokoh Hebat SKSI

Assalamualaikum...

Tahniah dan syabas kerana kalian telah dipilih sebagai tokoh-tokoh di SKSI.

Tokoh Akademik (Lelaki)
Tokoh Pelajar Terbaik Keseluruhan

Tokoh Akademik Terbaik (Perempuan)

Tokoh Nilam
Tempat Pertama Peringkat Sekolah
Tempat Ketiga Peringkat Negeri Perak

Tokoh Sahsiah Terbaik (Perempuan)

Tokoh Sahsiah Terbaik (Lelaki)

Tokoh Kokurikulum ( Perempuan )

Tokoh Kokurikulum (Lelaki)

Tokoh Asrama Puteri

Tokoh Asrama Putera

Tokoh Pelajar Antarabangsa Terbaik
Kirana 
(Indonesia)


Tahniah !!!!!


Laporan dan Juru Foto : Encik Arzahar bin Ismail

Majlis Anugerah Cemerlang : Persembahan Murid

Assalamualaikum...

Beberapa persembahan dipersembahkan kepada semua tetamu. Tahniah kepada pelajar dan guru yang melatih. Persembahan SKSI memang terbaik. Mendapat pujian daripada ibubapa.

Lagu Mandarin
Pelajar-Pelajar Kelas Bahasa Cina SKSI
Guru Pembimbing : Encik TAN.

Action Song
Guru Pembimbing: Puan Azian dan Puan Ayu

Nasyid Pelajar-Pelajar ASRAMA PUTERA SKSI
Guru Pembimbing : Ustazah Fatnin dan Ustaz Salim


Terima kasih atas kehebatan guru-guru dan pelajar-pelajar.


Laporan dan Jurufoto : Encik Arzahar bin Ismail


Wednesday 7 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang : Penaja dan Penyampaian Hadiah

Assalamualaikum...

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja.  Oleh itu pihak sekolah tadi berbesar hati menjemput wakil-wakil penaja untuk naik ke pentas dan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar SKSI.

Wakil Hua Yang Berhad
Pemaju Hartanah di Seri Iskandar

Tanda TERIMA KASIH pihak sekolah kepada Hua Yang Berhad.
Disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum.

Pengurus Cawangan
AGRO Bank Cawangan Seri Iskandar

Tanda TERIMA KASIH pihak sekolah kepada AGRO Bank Cawangan Seri Iskandar.
Disampaikan oleh Penolong Kanan HEM.

Timbalan Pengetua
Institut Latihan Kemas Seri Iskandar

Tanda TERIMA KASIH pihak sekolah kepada KEMAS Seri Iskandar.
Disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Sekitar Gambar Penyampaian Hadiah 
oleh Tetamu Jemputan Khas

Wakil Pejabat Pendidikan Daerah
Penolong PPD ( Menengah )
Encik Mohd Lotiffi bin Noh Rashid

Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih
atas kesudian pihak PPD kerana sudi hadir.

YB Dato' Mohd Zaim sedang menyampaikan anugerah kepada pelajar

Tanda TERIMA KASIH



Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak di atas.


Laporan & Jurufoto :  Encik Arzahar bin Ismail



Warna Warni Kehidupan Kami