Assalamualaikum
Alhamdulilah...pada 15hb April hingga 16hb April 2012, Sekolah SKSI berjaya menjalankan Program Penanda Aras. Program ini adalah di bawah kelolaan Encik Rosli bin Maun selaku Penyelaras Kecemerlangan UPSR.
Terlalu banyak faedah dan perkara-perkara baik yang kami timba dari lawatan-lawatan tersebut. Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1, Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Sekolah Kebangsaan Zainab (2) kerana sudi menerima kehadiran kami dengan begitu baik.
Masjid kami solat subuh & mandi. |
15.4.2012
SK TANAH MERAH 1
Kami telah selamat sampai dibumi Kelantan pukul 6.30 a.m setelah berada di dalam bas persiaran selama 7 jam 30 minit. Singgah di masjid untuk solat subuh serta mandi. Pukul 8.00 a.m bas bertolak menuju ke arah Tanah Merah dan singgah bersarapan pagi di sebuah restoran. Semua guru pekena nasi dagang dan kuih-muih orang Kelantan. Destinasi pertama kami ialah SK Tanah Merah 1. Kami disambut dengan begitu baik sekali. Keramahan guru-guru sekolah dengan keikhlasan Guru Besar memberi taklimat yang begitu baik berkaitan sekolahnya telah dapat menghilangkan penat kami tadi. Mesra dan begitu baik. Itu yang boleh kami katakan tentang GB dan Guru-Guru di SK Tanah Merah 1. Kepada Puan GBnya kami amat terharu kerana banyak ilmu dicurahkan termasuk berkaitan kecemerlangan Bahasa Inggeris. Kami bertuah kerana dapat menimba banyak ilmu kerana beliau adalah Guru Cemerlang BI.
Sarapan yang disediakan oleh SK Tanah Merah 1 sedap. Nasi Dagang. :)
Sarapan yang disediakan oleh SK Tanah Merah 1 sedap. Nasi Dagang. :)
GB SK Tanah Merah 1 SK Tanah Merah 1 |
SK BUKIT PANAU
Selepas itu, sekolah kami bergerak menuju ke SK Bukit Panau. Kami juga disambut dengan begitu baik. Kami disambut dengan guru-gurunya berpakaian batik warna merah. Terserlah kecemerlangan mereka seceria perwatakan. Kami disambut oleh Tuan Guru Besar dan barisan penolong kanan serta guru-guru. Kami di bawa ke bilik mesyuarat. Di taklimat. Kami didedahkan perjalanan sekolah sehingga mereka berjaya mendapat label sekolah cemerlang. Kategori Luar Bandar. Kami meneliti setiap langkah-langkah dan perjalanan sekolah mereka hingga menuju ke arah kecemerlangan. Slaid demi slaid mewarnai pengamatan kami sehingga kami menemui banyak faedah yang boleh kami bawa balik ke Perak untuk kami pula amalkan. Insyallah.
Rombongan SKSI disambut mesra warga SK Bukit Panau |
PASAR SITI KHODIJAH
Setelah misi kami ke dua buah sekolah selesai kini tiba waktu santai buat semua ahli rombongan. kami warga SKSI menuju ke Kota Bharu. Menuju ke Pelanggi Mall. Semua guru melabuhkan diri berehat seketika setelah melawat dua sekolah tadi. Tepat pukul 3.00 pm...misi lain pula. Misi yang tidak kurang dinanti-nantikan ahli rombongan. Lokasi di tuju ialah Pasar Siti Khodijah. Hampir 4 jam meneroka isi perut Pasar Siti Khodijah pelbagai juadah dan barangan dibeli. Teserlah kepuasan guru-guru ketika berada di bilik masing-masing. Setelah hajat yang dicari dapat ditemui dan dibeli untuk di bawa pulang ke Perak nanti.
WAKAF CHE YEH
Pukul 8.00 malam kami bergerak pula ke Wakaf Che Yeh. Objektif shopping. Selain itu kami sempat meraikan Penolong Kanan Kokurikulum kami yang kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari tersebut. Kami telah sepakat melakukan kejutan dengan membawa beliau ke Restoran Makanan Barat. kami sempat membeli sebiji kek Secret Recipe. Beliau amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih.
16.04.2012
Seawal jam 8.00 pagi, semua guru bersedia meneruskan misi ke SK Zainab (2). Sebuah lagi sekolah Berprestasi Tinggi yang amat-amat boleh dibanggakan. Apabila sampai sahaja ke destinasi semua guru terpukau dengan keceriaan sekolah dan ramah tamah guru-gurunya. kami di sambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran bersama Penolong Kanak HEM. GB tiada kerana mempunyai urusan rasmi.
Sungguh indah. itu yang boleh kami katakan. Kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat SBT. Terlalu kerdil rasanya jika hendak dibandingkan dengan sekolah kami. Serba serbi nampak menarik. Ada jalinan antarabangsa, sistem pentadbiran yang baik, mutu kerja yang harus dipuji. Malah apabila ditaklimatkan. Kami dapat rasakan luar biasanya mereka. Malah kami mengaku mereka memang layak menerima anugerah sekolah SBT antara terbaik di Malaysia.
Kami memperuntukan hampir 3 jam di sekolah ini. Semua kami cuba selami. Bertubu-tubi Penolong Kanan di soal oleh kami. Tapi jawapan memang meyakinkan. Terselah kehebatan pentadbiranya. Perjalanan sekolah dari mula hingga kini kami ikuti melalui slaid demi slaid. Memang teruja.
Banyak yang SKSI timba daripada idea-idea SK Zainab (2). Malah kami puji sikap pentabirnya yang tidak kedekut dengan permintaan kami untuk kami ambil idea-idea baik dalam bentuk apa sekali pun. Malah tidak hairanlah barisan jurufoto SKSI berjaya merakam sebanyak 600 keping gambar hanya di sekitar SK Zainab (2). Terima kasih yang tidak terhingga. Setelah makan kami berangkat pulang.
Gambar Kenangan Kami bersama PK HEM SK Zainab (2) |
Balik ke Pelanggi Mall menyaipkan diri sebelum berangkat pulang. Sekitar jam 3.00 petang. Kami bertolak pulang dan sempat pula singgah di rantau panjang sekitar 30 minit dan destinasi akhirnya Bukit Raya.
Alhamdulilah....kami semua selamat sampai ke sekolah SKSI jam 1.30 pagi. Letih macam mana pun. Perjalanan kami yang diwarnai beribu pengalaman tak akan kami lupakan. kami seramai 29 orang adalah insan bertuah kerana diizinkan Allah SWT mengikuti lawatan ini. Memang terbaik. Insyallah.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.