SEKOLAH KU

Wednesday 28 March 2012

Gambar RETRO Pilihan SKSI

Assalamualaikum

Blog SKSI kali ini cuba mengimbau kembali gambar-gambar lama pelajar yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar suatu ketika dahulu.

Malah akan dipaparkan juga gambar-gambar guru RETRO SKSI yang pernah bertugas dalam mencurahkan ilmu buat anak-anak didik SKSI.

Sekian, Terima Kasih.

Gambar Pilihan Bilangan 1/2012



MEREKA ADALAH CALON UPSR 2006
SEKOLAH SKSI.


Tuesday 27 March 2012

Kelas Tambahan Sabtu Murid Tahun Enam 2012

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua ibubapa atau penjaga murid-murid Tahun Enam.  Kelas Tambahan Sabtu akan mula diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh        :         31 Mac 2012 hingga September 2012
Masa         :         8.45 a.m hingga 12.00 p.m
Hari           :         Sabtu Setiap Minggu

Pihak sekolah mewajibkan semua murid-murid Tahun Enam ( Calon UPSR 2012) menyertai kelas ini.

Adalah diharapkan pihak ibubapa atau penjaga dapat menghantar dan mengambil anak pada masa yang ditetapkan.

Kerjasama semua pihak diucapkan jutaan terima kasih.


Jadual Waktu
Tarikh
Subjek
Guru
Catatan
31 Mac & 21 April
2012
BI
Pn Mazni

Puan Azni
Cik Rekha
Puan Azian
Puan Sharanjit Kaur


Tarikh
Subjek
Guru
Catatan
7 April & 5 Mei 2012
Sains
Encik Arzahar Ismail
Puan Nur Hidayah Peong 
Puan Rohani Hj Sidek
Puan Pairus Jamaluddin
Puan Norlia Zambri


Tarikh
Subjek
Guru
Catatan
14 April & 12 Mei
2012
Matematik
Encik Rosli Maun
Puan Anisah Azian  
Encik Radzuan Abd Hamid
Encik Hafeez Abdul Kayam
Puan Intan Norhaniza


Tarikh
Subjek
Guru
Catatan
21 April 
BM
Pn Zakiah Zamidi
Puan Salmah Ahmad 
Encik Hani Ngah Mat Ali
Puan Rogayah Mat Jani



Sekian Dimaklumkan. Terima Kasih.






Muat Turun Bahan Bantu Mengajar Sains

Assalamualaikum

Berikut adalah Bahan Bantu Mengajar yang boleh digunakan Guru Sains SKSI serta Ibubapa/Penjaga
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak.

Sains Tahun 5
Tahun 5(Cd5)
Tahun 3(CD 1)
Tahun 3(CD2)
Tahun 3 (CD3)
Tahun 3 (CD4)

Selamat menggunakannya. Sekian. Terima Kasih.


Saturday 24 March 2012

Home Tutorial 2012 At SKSI

Assalamualaikum

Serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG, pihak sekolah diketuai Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nurishah binti Mat Taib telah mengadakan Taklimat berkaitan (Home Tutorial) Cyber Gen UTP 2012 di SKSI.

Tarikh        :         24.3.2012
Masa         :         9.00 a.m hingga 12.00 p.m
Tempat      :         Bilik Mesyuarat (Gerakan) Sekolah (Blok C)

Taklimat ini adalah sesi perbincangan dalam usaha menjayakan Program Cyber Gen UTP (Home Tutorial).  Seramai 40 orang calon UPSR daripada 147 calon keseluruhan sekolah ini akan menyertai program.
Tenaga pengajar adalah terdiri daripada 53 pelajar UTP( berperanan sebagai fasilitator) dengan selian guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Pada pertemuan ini 3 orang guru membentangkan hala tuju dan skop yang akan dijalankan oleh pelajar-pelajar UTP.  Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran didedahkan kepada pelajar UTP untuk memudahkan mereka memainkan peranan sebagai fasilitator nanti.

Bahasa Inggeris di bawah seliaan Puan Mazni bin Omar, Sains di bawah seliaan Encik Arzahar bin Ismail dan Matematik di bawah seliaan Encik Rosli bin Maun. Kesemua guru ini telah membentangkan berkaitan matapelajaran masing-masing kepada semua pelajar UTP yang hadir.
Akhir kata kami pihak sekolah mengucapkan jutaan infiniti terima kasih kepada semua pelajar-pelajar UTP yang sudi menyumbangkan idea dan tenaga saban tahun pada sekolah kami. Moga Allah membalas jasa baik anda semua. Amin.


Terima Kasih.  Sekian.


Mesyuarat Agung PIBG

Assalamualaikum

Tarikh         :         24 Mac 2012
Masa          :         8.30 a.m hingga 12.00 p.m
Tempat       :         Bilik Tutorial Sekolah (Blok D)

Hari ni selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG.  Pada hari ini juga selamat dijalankan pemilihan jawatankuasa baru. Terima Kasih kepada semua ibubapa atau penjaga yang sudi meluangkan masa hadir dan tahniah kepada semua Jawatankuasa PIBG bagi sesi baru.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas dan memainkan peranan sebagai AJKPIBG.  Semoga perjalanan sekolah terus cemerlang dan gemilang dengan apa yang di rancang.

Terima kasih juga kepada Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah (Pembangunan) 1 iaitu Encik Rosdi bin Mohd Yaacob kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat.






Harap Maaf : Gambar ADO Perak Tengah sewaktu merasmikan majlis tiada
kerana penulis sewaktu itu sedang membentangkan program sains 
bersama pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di bilik gerakan.

Harap maklum.

Sekali lagi pihak sekolah berterima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini baik secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada penerima hadiah cabutan bertuah...anda memang bertuah. Tahniah !!

Sekian.






Friday 23 March 2012

Kami Nak Sambut Tetamu

Assalamualaikum

Wah !! Meriah sungguh. Rajin. Bersemangat. Tidak ada sikap Berkira.  Berganding bahu.  

banyak lagi la kalau nak dipuji kumpulan cikgu-cikgu ni.  

Pihak sekolah amat-amat bangga dengan kalian semua. Bersungguh-sungguh mencantikkan bilik tutorial.

Esok kita akan menyambut tetamu. MESYUARAT AGONG PIBG 2012.
Kita tunggu hasilnya nanti...mesti cantik bilik ni. 
Sedang saya menulis laporan ini....ada guru sedang mengantung langsir yang telah siap pada
tingkap bilik tutorial.  Macam rasa nak sambut AIDILFITRI lak. 

Hehehheh....  Terima Kasih Daun Keladi.

Majlis Perpisahan Kakitangan Sokongan (Asrama)

Assalamualaikum

Tarikh :   23 Mac 2012
Masa  :   8.00 a.m hingga 9.00 a.m

Baru sebentar tadi KGKT telah mengadakan majlis perpisahan untuk dua orang kakitangan sokongan Unit Asrama. Mereka adalah kakitangan yang berperanan menjaga urusan hal-ehwal asrama.

Nama Pegawai Bertukar :

1.         Mohd Azrul bin Mohd Noor ( Ke Selangor )
2.         Norlaila binti Abdullah ( Ke Kelantan )

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Seperti mana ucapan Pengerusi KGKT, jadikan hari-hari mendatang lebih cemerlang tidak kira di mana kita berada. Yang utama jalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik boleh.


Wakil sekolah Puan Nurishah Mat Taib selaku PK Pentadbiran juga berharap agar semua pengalaman baik yang diperolehi sepanjang berada di sekolah ini dijadikan pengalaman emas. Salah & silap mohon kemaafan.

Semua kakitangan mendoakan kalian berdua selamat menjalankan tugas di tempat baru. Amin.


Wednesday 21 March 2012

Markah Ujian Mac 2012

Assalamualaikum

Kepada semua guru Tahun 3 hingga Tahun 6, Pihak Unit Peperiksaan Dalaman memohon agar guru-guru mengisi data yang diperlukan di dalam SAPS.

Pihak Unit Peperiksaan Dalaman telah menyediakan KATA LALUAN BARU. Sila dapatkan maklumat tersebut di bilik Unit Peperiksaan.   Sekian Terima Kasih.

Sila layari :   SAPS

Selamat menjalankan tugas anda.


Friday 9 March 2012

Cuti Sekolah

Perhatian Kepada 
Semua pelajar / ibubapa / penjaga & guru-guru
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar

Cuti Pertengahan Penggal 1

10 Mac hingga 18 Mac 2012
(9 hari)

Sekian, Dimaklumkan.
Terima Kasih.

Ujian Permata Pintar

Assalamualaikum

Kepada semua pelajar sekolah SKSI anda boleh melayari web permatapintar.

Sila kemaskini maklumat anda di http://pelajar.permatapintar.edu.my/

Kemudian anda boleh menjawab di http://ukm1.permatapintar.edu.my.

Sekian. Terima Kasih.

Sekitar Pelaksanaan Ujian Permata Pintar 
Pelajar-Pelajar 6M yang diadakan baru-baru ini.
Guru terlibat 
Encik Radzuan bin Abd Hamid dan Encik Arzahar bin Ismail.




Amalan Guru Penyayang

Assalamualaikum

Gambar Amalan Guru Penyayang Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.






Sekian, Terima Kasih.


Guru Pelatih

Assalamualaikum

Sekolah kami telah didatangi 3 orang guru pelatih.  Mereka di bawah Program : Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Mereka telah bersama warga SKSI selama 5 hari bermula 5 Mac 2012-9 Mac 2012.

Mereka ialah :

  1. Ustazah Nor Munirah binti Mohd Idris
  2. Ustazah Hanani binti Muhammad Radzi
  3. Ustaz Abdul Muiz bin Mohd Sidik
Apa yang menariknya ialah Ustazah Nor Munirah dan Ustaz Abdul Muiz merupakan bekas pelajar SKSI. Mereka adalah calon UPSR 2004 Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.


Thursday 8 March 2012

SBPA & SSM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

“Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM,” katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

“Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

“Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip ‘time-based’ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012,” katanya.

Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.


Gotong Royong Bebas Denggi

Assalamualaikum
Tarikh            08 Mac 2012
Hari               Khamis
Masa             7.30 hingga 8.30 a.m
Tempat          Sekitar Kawasan Sekolah SKSI
Anjuran          Unit Bebas Denggi

Pendahuluan

Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemic di beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO,2002).

Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di Malaysia, penyakit demam denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian, pada hari ini pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk AEDES di sekolah SKSI.
Objektif
  1. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
  2. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi
  3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  4. Mengwujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.
Jawatankuasa Pelaksana

Semua murid Tahun Lima dan guru mata pelajaran

Tahun
Kawasan
5M
Padang Sekolah
5S
Longkang Belakang Sekolah
5T
Blok A dan B
5K
Blok C dan D

Guru Penyelaras Bebas Denggi :  Puan Nurbaizura binti Mohd Arabi bersama Cik Noorfatnin binti Ghalib.


SKSI Naib Johan Zon PKG Bota


Assalamualaikum

Tahniah kepada SKSI kerana :

  1. berjaya melaksanakan peranan sebagai Pengerusi Kejohanan Bola Sepak MSD Perak Tengah Zon Bota. Terima Kasih kepada pengerusi iaitu Encik Mokhtar bin Shaari dan guru-guru lelaki SKSI sebagai Jawatankuasa Peringkat Zon Bota, Bola Sepak MSD Perak Tengah.
  2. Jurulatih Bola Sepak sekolah iaitu Cikgu Tajul Amini bin Zahran berjaya membawa sekolah hingga ke Peringkat Akhir Kejohanan Bola Sepak MSD Perak Tengah (Zon Bota) sehingga dinobatkan Naib Johan Zon PKG Bota.
  3. seramai 6 orang pemain bola sepak dari Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar berjaya dipilih oleh panel Zon Bota sebagai pemain zon bota untuk mewakili zon bota ke pertandingan peringkat daerah. Tahniah juga kepada pemain sekolah lain yang turut terpilih iaitu dari SKIP, SK Bota Kanan & SK Bota Kiri.

JOHAN BOLA SEPAK ZON BOTA : SK ISKANDAR PERDANA
NAIB JOHAN  : SK SERI ISKANDAR

Sekitar Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Zon Bota oleh Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.


Piala Pusing rebutan sekolah-sekolah Zon Bota.


Bacaan Doa : Ustaz Zaki Yamani
Ucapan Guru Besar SKSI

Encik Zam-Zam bin Harun, Penyelia Sukan PPD Perak Tengah sedang menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.


Wednesday 7 March 2012

Lagu NILAM



Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
Amalan membaca menjana minda bestari
NILAM




Pelancaran Program NILAM 2012

Assalamualaikum

Tarikh                13.02.2012
Masa                 7.30 a.m
Tempat              Dataran Kejat SKSI
Anjuran              PSS Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar


NILAM
Satu Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mengwujudkan masyarakat yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.


MATLAMAT
Membina tabiat membaca di kalangan pelajar.

OBJEKTIF
  1. Menjadikan pelajar banyak membaca, bukan sekadar pembacaan berorientasikan peperiksaan sahaja.
  2. Mengalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
TENTATIF PROGRAM
7.30 a.m      Bacaan Doa & Nyayian Lagu
7.50 a.m      Ikrar
7.55 a.m      Ucapan Penyelaras PSS
8.00 a.m      Ucapan Perasmian Guru Besar
8.10 a.m      Pelancaran Program NILAM 2012


Tuan Guru Besar sedang ucap rasmi
TAHAP PELAKSANAAN (JAUHARI)

TAHAP
SEKOLAH RENDAH
GANGSA
90 - 179
PERAK
190 - 269
EMAS
270 - 359
NILAM
360 & KE ATAS

RAKAN PEMBACA
Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku


Markah
Pengiktirafan
100-199
GANGSA
200-299
PERAK
300-399
EMAS
400 ATAS
NILAM


Sekian,terima kasih.









Pusat Sumber Sekolah

Visi Pusat Sumber
Pusat Cemerlang, Pelajar Gemilang


Pintu Utama Masuk Ke PSS Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar
Misi Pusat Sumber
Merealisasikan visi PS dan berazan untuk menawarkan :

  1. Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah
  2. Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat
  3. Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran
Hiasan Dalaman Pusat Sumber SKSI
Matlamat Pusat Sumber
  • meningkatkan mutu pendidikan sekolah
  • membentuk profesioan perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama,bangsa dan negara
  • membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif. 
Cenderahati & Sudut Kraftangan PSS SKSI
Objektif Pusat Sumber
  1. Tempat rujukan guru dan pelajar SKSI
  2. Tempat Pengajaran & Pembelajaran
  3. Sebuah gedung ilmu yang mampu mengalirkan ilmu buat warga SKSI
  4. Mewujudkan ruang tenang dan selesa untuk pelajar ingin mengulang kaji pelajaran
  5. Tempat perbincangan kumpulan pelajar
  6. Memberi khidmat pinjaman bahan-bahan bacaan kepada yang memerlukannya
  7. Mengalakkan budaya membaca
  8. Tempat menambah ilmu pengetahuan dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan
  9. Menjadikan pelajar SKSI berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin supaya mereka dapat memainkan peranan yang positif.




Warna Warni Kehidupan Kami