SEKOLAH KU

Tuesday 6 March 2012

Program Bumi Hijau dan Tanaman Herba

Assalamualaikum

Pihak sekolah telah aktif mengwujudkan Program Bumi Hijau & Kawasan Tanaman Herba sekitar 2011. Program ini masih aktif hingga kini 2012.Beberapa unit jawatankuasa dilantik untuk melancarkan program ini. Alhamdulilah. Program ini mendapat kerjasama yang baik di antara pelbagai pihak khususnya pihak dalaman sekolah. Malah sewaktu proses menyediakan tapak tanaman pihak sekolah telah dibantu oleh Pasukan Polis Daerah Perak Tengah dan Pihak Klinik Kesihatan Seri Iskandar.  Mereka datang membantu secara sukarela.

Pekerja Swasta sedang menuai hasil sayuran untuk dijual kepada guru SKSI
Tarikh : 6.3.2012
Peneraju utama ialah Puan Azian bin Ismail selaku Setiausaha. Dan pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha giat Tuan Hj Rabii bin Ahmad Juddin (Taman Herba) dan Puan Azizah Yahya (Kebun Sayur) kerana berjaya menrealisasikan objektif program dengan jaya.

Faedah daripada program ini dapat mendedahkan kepada murid nama-nama tanaman herba serta cikgu-cikgu berpeluang membeli sayur sambil menyumbang kepada tabung tanaman sayuran ini.

Guru-Guru SKSI membeli sayuran.
Tarikh Gambar Diambil : 6.3.2012
Dengan adanya usaha ini, pihak sekolah amat percaya ianya akan membangkitkan semangat kepada anak-anak murid kebaikan berjasa kepada tanah.

Malah kawasan tanaman ini telah dijadikan kawasan P&P sesetengah guru sewaktu proses pengajaran.

Semaian Sayuran-kacang panjang oleh Puan Azizah Yahya.
Taman Herba- Ketua Cikgu Rabii bin Ahmad Juddin
Tarikh : 6 Mac 2012
Cikgu SKSI membeli sayur. Cikgu Azeman Mat. Murah sahaja...seikat RM1.00
Tarikh Gambar Di ambil : 6 Mac 2012



No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami