SEKOLAH KU

Sunday 4 March 2012

Kem Bestari Solat Tahun Empat

Assalamualaikum


Kem ini adalah anjuran Unit J-Qaf dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam.

Tarikh        :           3.3.2012  (10 Rabiulakhir 1433H)
Masa         :           7.30 a.m hingga 12.00 p.m
Tempat      :            Surau Asrama
Sasaran      :           Tahun 4


Rasional

Pelajar akan melangkah dan menempuh fenomena baru yang lebih mencabar. Oleh itu, mereka wajar diberi pendedahan, pengukuhan nilai, sokongan dan dorongan agar mencapai kemantapan rohani selaras dengan pencapaian akademik.

Objektif
  1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna
  2. Murid dapat menghafaz doa selepas wudk secara sempurna
  3. Murid dapat menghafaz doa qunut dan sujud sahwi dengan sempurna
  4. Murid dapat membaca dan menghafaz surah Al-Qariah, Al-A'diat dan Al-Zalzalah.


Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar, GPK-GPK, Guru-Guru Jawatankuasa, Guru-Guru SKSI, IbuBapa dan Semua Pelajar Tahun Empat yang memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kem ini.



No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami