SEKOLAH KU

Saturday 24 March 2012

Home Tutorial 2012 At SKSI

Assalamualaikum

Serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG, pihak sekolah diketuai Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nurishah binti Mat Taib telah mengadakan Taklimat berkaitan (Home Tutorial) Cyber Gen UTP 2012 di SKSI.

Tarikh        :         24.3.2012
Masa         :         9.00 a.m hingga 12.00 p.m
Tempat      :         Bilik Mesyuarat (Gerakan) Sekolah (Blok C)

Taklimat ini adalah sesi perbincangan dalam usaha menjayakan Program Cyber Gen UTP (Home Tutorial).  Seramai 40 orang calon UPSR daripada 147 calon keseluruhan sekolah ini akan menyertai program.
Tenaga pengajar adalah terdiri daripada 53 pelajar UTP( berperanan sebagai fasilitator) dengan selian guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Pada pertemuan ini 3 orang guru membentangkan hala tuju dan skop yang akan dijalankan oleh pelajar-pelajar UTP.  Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran didedahkan kepada pelajar UTP untuk memudahkan mereka memainkan peranan sebagai fasilitator nanti.

Bahasa Inggeris di bawah seliaan Puan Mazni bin Omar, Sains di bawah seliaan Encik Arzahar bin Ismail dan Matematik di bawah seliaan Encik Rosli bin Maun. Kesemua guru ini telah membentangkan berkaitan matapelajaran masing-masing kepada semua pelajar UTP yang hadir.
Akhir kata kami pihak sekolah mengucapkan jutaan infiniti terima kasih kepada semua pelajar-pelajar UTP yang sudi menyumbangkan idea dan tenaga saban tahun pada sekolah kami. Moga Allah membalas jasa baik anda semua. Amin.


Terima Kasih.  Sekian.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami