SEKOLAH KU

Wednesday 20 June 2012

Tandas Bersih Murid Ceria

Assalamualaikum...

Tarikh : 20 Jun 2012 ( 3-5 ptg)

Baru sebentar tadi guru-guru SKSI cuba merealisasikan motto TANDAS BERSIH MURID CERIA. Beberapa kumpulan guru dibentuk untuk mengindahkan tandas murid. Proses mengecat dan menghias dalam tandas berjalan dengan lancar.

Guru-guru SKSI memang hebat dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam kerjaya. Syabas !! Moga keluarga SKSi terus maju jaya dan berganding bahu bersama sepanjang masa tidak kira apa acara.

Kepada tukang masak dan penaja-penaja makanan tadi. Diucapkan jutaan terima kasih.  Moga Allah membalas jasa baik kalian. Buat cikgu-cikgu yang turun padang tadi...anda memang terbaik. Moga Allah juga membalas setiap keikhlasan yang dihulurkan.


Syabas guru-guru SKSI.  Tahniah kepada SU, Puan Norazian Ismail dan Pengarah Projeknya Encik Salleh Ahmad (PK Hem) kerana menjayakan program ini.

Sekian, Terima kasih.

Tuesday 19 June 2012

KODOMO LION Bersama WARGA SKSI

Assalamualikum....


Sekitar jam 8.00a.m hingga 10.00 a.m.  Ratusan anak didik SKSI amat-amat teruja dengan kehadiran MASKOT SINGA KODOMO LION bersama 2 wakil SOUTHERN LION serta 2 jururawat ke sekolah ini pada pagi tadi.


Dimulakan dengan slot bercerita. 2 wakil syarikat tersebut begitu berjaya memikat hati dan minda para anak didik SKSI. Penceritaan menarik menjadikan slot ini diminati. Sewaktu sesi soal jawab murid pra sekolah mampu menjawab soalan lisan yang diberikan dengan tepat.
Kemuncak penantian berakhir apabila munculnya maskot SINGA KODOMO LION. Riak muka murid SKSI tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bersorak, melambai tangan malah berlumba-lumba cuba memegang Singa tersebut. Sasana waktu ini cukup menghiburkan.

Penutup program. Semua murid mendapat berus gigi dan ubat gigi PERCUMA.  Terima Kasih kepada KODOMO LION dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Unit Pergigian).

Terima Kasih.

Jumpa Lagi.... :)

Friday 15 June 2012

Pondok Ilmu SKSI

Assalamualaikum...

Tabik Spring !!!!!     Tabik Spring !!!!      Tabik Spring !!!!!!

Kami warga SKSI cukup bangga mempunyai guru hebat seperti TUAN HAJI RABII B. ANMAD JUDDIN kerana usahanya yang tanpa jemu dan bernas telah banyak melahirkan hasil tangan yang semuanya baik-baik buat sekolah ini.

Terbaru.....


Hajjah Fauziah mambantu Hj Rabii.....
terima kasih juga kepada cikgu lain
yang pernah menghulurkan tangan membantu menjayakan projek ini.

Beliau bersama PUAN FAUZIAH BT ARIFFIN. Telah bersungguh-sungguh menjayakan pondok ini hingga kini hampir 70% telah berdiri dengan megahnya.  

Meja ini hasil tangan Hj Rabii juga....kemas & cantik..
Jasa beliau kepada sekolah cukup besar. Alhamdulilah.
Semoga dengan adanya pondok ilmu ini nanti...maka akan dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah.  Semoga jasa dan pengorbanan masa yang dilakukan oleh Tuan Haji bersama Puan Fauziah...menjayakan pondok ilmu ini diucapkan jutaan terima kasih. 

Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalas jasa-jasa kalian.  Kepada guru-guru lain juga...yang menyokong dalam mengwujudkan pondok ini sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih. 

Guru SKSI memang hebat !!!!

Terima kasih.


Tuesday 5 June 2012

Kelas Tambahan Cuti Pertengahan Tahun 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulilah..sekolah telah berjaya mengadakan Kelas Tambahan UPSR pada awal cuti pertengahan tahun baru-baru ini.

Kehadiran baik dan semua yang direncanakan berjalan dengan jayanya. 5 hari bermula 28 Mei hingga 1 Jun 2012.




Kepada semua guru dan murid yang terlibat didoakan moga usaha kita ini diberkati Allah swt. 

Terima kasih. 

Majlis Perpisahan Puan Norisranah bt Ismail


Assalamualaikum…

Pada 25.5.2012, Pihak KGKT telah mengadakan Majlis Perpisahan buat Puan Norisranah bt Ismail. 

Puan Norisranah sedang memberikan ucapan.
Kami warga SKSI mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. SIBU, Sarawak.
Guru Besar menyampaikan sedikit cenderamata buat Puan Norisranah.
Berupa Kain Pasang dan Beg Tangan 
Moga terus maju jaya di dalam dunia pendidikan.
Saat menjamu selera..majlis tersebut.
Terima Kasih atas segala-galanya. 

Warna Warni Kehidupan Kami