SEKOLAH KU

Tuesday 23 April 2013

Seminar Integriti 2013 Penjawat Awam (Guru Sekolah Rendah Perak Tengah)

Assalamualaikum....

Pada 13 April 2013 telah berlangsung SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK Daerah Perak Tengah.


Kami seluruh guru SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR telah menghadiri seminar ini hingga ke penghujungnya. 

PPD Perak Tengah telah menaruh kepercayaan kepada sekolah kami dengan mengamanahkan tugas bahagian pendaftaran guru-guru yang hadir.

Tiga orang guru
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar 
yang bertugas sebagai pendaftar kehadiran

Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar. Banyak ilmu yang kami perolehi. Terima kasih kepada tuan penceramah. Hingga berjumpa lagi.

Bukti kami hadir....heheheh
Ustaz Nik, Ustaz Zaki Yamani, Cikgu Arzahar dan Cikgu Rabii ( SKSI)
Ustaz Azman & Cikgu Khairil Azam (SKIP)

Laporan oleh : Encik Arzahar bin Ismail

DG44...Tahniah

Assalamualaikum...

Pihak sekolah dan warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas lantikan gred DG41 ke DG 44 seramai 5 orang di sekolah ini.

Moga dengan lantikan DG44 ini akan menjadikan semua guru ini lebih bersemangat dan bekerja dengan lebih bersunguh-sungguh.

Mereka yang dinaikan ke Gred DG44 ialah :

1.Encik Hani bin Ngah Mat Ali
2.Encik Arzahar bin Ismail
3.Encik Salim Husairi bin Saad
4.Puan Norsaadah bt Abd Aziz
5.Puan Norazian bt Ismail

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday 16 April 2013

Majlis Pertukaran Penolong Kanan Pentadbiran

Assalamualaikum...

Bertarikh 12.04.2013 sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan Puan Nurishah bt Mat Taib di Surau Asrama Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Last Thumb print for our  PK 1

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin diketuai oleh Tuan Haji Mohd Noor bin Harun merangkap Guru Besar dan Bacaan Doa disempurnakan oleh Ustaz Salim.  

Puan Nurishah sedang menyampaikan ucapan
Bermacam perasaan bercampur..malah hingga menitiskan air mata.
Bak  kata Cikgu-Cikgu Perempuan...KAMI SAYANG KAKAK KAMI NI. 

Kami warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan TAHNIAH !!! kerana dinaikan pangkat sebagai  GURU BESAR SK BATU HAMPAR.Jalan Taiping-Bruas.

Calon UPSR bersama...khusyuk mendengar amanat PK di hari2 akhirnya sebagai PK SKSI
Alhamdulilah...Terima Kasih doa puan...moga SKSI berjaya dengan amat cemerlang dalam UPSR 2013.
Kami hargai doa puan. Terima Kasih.

Agak sayu sewaktu beliau menyampaikan ucapan perpisahan. Ternyata beliau masih sayangkan SKSI.  Kami semua warga kerja SKSI mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang terjalin antara kita selama ini. Salah dan silap mohon dimaafkan.  

Sedihnya...gambar saya tak ada. Ini lah risiko jadi blogger merangkap jurugambar.
hehehehhe..

Doa kami moga menjadi guru besar yang cemerlang dan bertugas lagi cemerlang. Kecemerlangan beliau di SKSI memang tidak perlu dipertikaikan. Terbaik. Hingga berjumpa lagi. Insyallah. Amin. 

Sebahagian guru perempuan yang hadir...

Hadiah ...
Hadiah Daripada KGKT
Disampaikan oleh Guru Besar

Teacher Azian (Hadiah : Jam Tangan)..memeluk erat. Tanda tidak ada jurang
antara kami selama ini. 

Ustazah mewakili rakan-rakan.

CC sekolah..wakil pejabat

Cikgu Hani..wakil kawan2. Ada yang tidak dapat hadir
kerana sedang mengajar.

Cikgu Rosli menghadiahkan Beg Tangan.

Wakil Guru Pelatih...turut memberi hadiah buat
PK kami. 

Majlis diakhiri dengan jamuan. 
Hingga berjumpa lagi. InsyaAllah.

Saturday 13 April 2013

CALON UPSR KAMI TERBARU...ABD AZIZ DRP NIGERIA

Assalamualaikum....

Kami sering menerima pelajar-pelajar luar negara khususnya yang menetap di bandar Seri Iskandar. Ini kesan kewujudan Universiti Teknologi Petronas yang jaraknya dengan sekolah adalah sekitar 5 KM. (Pintu 3)

Mereka kebiasannya adalah anak-anak pelajar yang mana ibubapa merupakan pelajar master dan Phd di universiti tersebut. Kalau sekitar 2008 hingga 2012 calon antarabangsa UPSR kami adalah warga Indonesia tetapi 2013 calon kami pula daripada Nigeria. Abd Aziz bin Sulaiman.

Pelajar ini adalah merupakan salah seorang anak tenaga pengajar di universiti tersebut. Walapun, pada peringkat awal ini (baru seminggu) pelajar ini tidak boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu tetapi tidak lah menjadi masalah. Hingga kini guru BI,Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu P&P.

Alhamdulilah...Abd Aziz dilihat mampu bersaing dengan pelajar tempatan. kami berharap pelajar ini boleh menyumbang 5A seperti mana calon-calon UPSR dari Indonesia yang bersekolah di sini beberapa tahun yang lalu. Kesemua calon daripada Indonesia telah membanggakan SKSI kerana kesemunya mendapat 5A di dalam UPSR. Malah sehingga kini hubungan guru-guru dan bekas anak murid daripada Indonesia masih berterusan. Malah sering membawa buah tangan buat kami warga SKSI daripada negara asal mereka. 

Jika diizinkan Allah swt, UPSR 2014 pula..kami akan mempunyai calon antarabangsa iaitu Anullah. Pelajar ini fasih berbahasa Melayu kerana bersekolah di SKSI sejak Tahun 2. Pelajar ini berasal daripada Pakistan. Dimana ayahnya merupakan pelajar Phd di Universiti Teknologi Petronas. Kini pelajar ini sedang berada di kelas 5M. Kelas terbaik daripada 4 kelas yang ada di Tahun 5.  Terima kasih kepada semua ibubapa ini yang memberi kepercayaan kepada SKSI untuk mendidik anak-anak mereka. 

SKSI tetap pilihan UTAMA mereka berbanding sekolah rendah lain yang ada disekitar Universiti Teknologi Petronas.  

(ABD AZIZ - 12 TAHUN)
Calon UPSR 
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar 2013

*Sudah mampu bertutur sedikit dalam Bahasa Melayu.  Alhamdulilah.

MOTIVASI AKADEMIK TAHUN ENAM 2013 BERSAMA KAUNSELOR MRSM PARIT (APRIL 2013)

Assalamualaikum....

Pada 08hb April 2013 bersamaa Isnin sekitar jam 3.00 hingga 4.30 petang telah diadakan Program Motivasi  untuk semua calon UPSR sekolah ini seramai 152 orang.

Cikgu Hakimi sedang menyoal salah seorang peserta.

Pihak sekolah telah menjemput seorang kaunselor MRSM Parit iaitu Encik Muhammad Hakimi bin Fauzi. Kaunselor MRSM Parit. Program ini berlangsung sekitar 1 jam 30 minit.


Rata-rata apabila diajukan soalan. Amat tertarik dengan apa yang disampaikan. Malah banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama di antara beliau bersama calon-calon sekolah ini.


Doa dan harapan agar pada masa-masa akan datang, kerjasama ini akan dapat diteruskan agar kecemerlangan yang diimpikan menjadi kenyataan. 


Sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan menerima jemputan kami dalam menjayakan program motivasi akademik 2013 buat semua 152 calon UPSR SKSI.

Terima kasih...daun keladi. 

Doakan agar bilangan memperolehi 5A adalah paling tinggi rekodnya tahun 2013 berbanding tahun-tahun sebelum ini. Amin.


PENYELARAS PROGRAM  :  ENCIK ARZAHAR ISMAIL

Thursday 11 April 2013

GOTONG ROYONG DI ASRAMA SKSI (MAC 2013)

Sekitar majlis gotong royong di asrama.

wow....rajin-rajinya. hehheheh

Apa yang penting...kerjasama. 

Kak Fauziah, Kak Mah dan Kak Anisah...caya la....

Cikgu Zul, Cikgu Radzuan, PK HEM kita...Cikgu Salleh...Warden En. Faizal
Sedang mengecat pintu gerbang asrama

Terima kasih atas bakti kalian...Guru Pelatih

Cantik tertarik...memang Debooommmmmmm

Ustaz Zaki Yamani...dengan Khatnya. Cantik....give me 5.

aik...mengecat ke apa ni...ngelat sembang ek.
hahaha....Cikgu Man dan Cikgu Azmah

Confirm cantik dinding Dewan Makan asrama...sentuhan Teacher Mazni & The Gang.

PPM Asrama....Terima Kasih kerana turun padang sama.

Begini la kami warga SKSI...saling bersama tidak kira di mana. Alhamdulilah.

Warna Warni Kehidupan Kami