SEKOLAH KU

Wednesday 29 February 2012

Amalan Pemakanan & Pergigian Yang Sihat

Assalamualaikum

Pihak sekolah di bawah anjuran JK Kesihatan, JK Pengurusan Prasekolah, Tahun Satu dan Kelab Doktor Muda Sekolah telah mengadakan PROGRAM AMALAN PERMAKANAN DAN PERGIGIAN YANG SIHAT dengan kerjasama PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH bersama KLINIK PERGIGIAN PARIT.

Program adalah seperti berikut :


Tarikh        :         28 Februari 2012
Masa         :         8.30 a.m hingga 12.30 p.m
Sasaran      :        Murid Pra Sekolah dan Murid Tahun Satu


AKTIVITI
  1. Ceramah dan Demonstrasi Kesihatan  -    Amalan Pemakanan Sihat & Amalan Pergigian Sihat
  2. Pameran Kesihatan - Amalan Pemakanan Sihat/ Piramid Makanan
  3. Permainan Kesihatan - Pasukan Pergigian Parit bersama Pelatih Uitm Seri Iskandar
  4. Pertandingan Mewarna, Menamakan Gambar dan Pertandingan Gigi Bersih dan Cantik

RASIONAL

Program ini adalah bertujuan untuk memberi info berkenaan amalan pemakanan sihat dan pergigian sihat kepada para pelajar pra sekolah dan tahun satu.

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Menyampaikan info berkenaan amalan pergigian sihat dan amalan pemakanan sihat kepada pelajar pra dan Tahun Satu.
  2. Memberi latihan asas pengurusan kesihatan diri dan amalan cara hidup sihat kepada pelajar sasaran melalui ceramah, demonstrasi dan pameran kesihatan khusus berkenaan amalan pergigian dan pemakanan sihat
  3. Meningkatkan motivasi diri untuk enjadi contoh kepada rakan-rakan lain melalui ketrampilan diri yang berhemah, sahsiah yang terpuji, berakhlak mulia dan mengamalkan sikap sentiasa membantu rakan.

Sekian, Terima Kasih. Atas Semua Yang Menjayakan Program Ini. Tahniah !!




Tuesday 28 February 2012

Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang

Assalamualaikum

Baru sebentar tadi...pukul 2.00 hingga 3.00 p.m Guru Besar telah mengadakan taklimat berkaitan dengan perlaksanaan Program Amalan Guru Penyayang.. Jawatankuasa yang dilantik bersama guru bertugas setiap minggu akan memainkan peranan utama.

Sila rujuk di sini  :

Amalan Guru Penyayang

Surat siaran KPPM bil 4 tahun 2012 Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang



Sekian. Terima Kasih.


Sunday 26 February 2012

Tradisi Unit Kecemerlangan UPSR

Assalamualaikum

Pada Tahun 2011...Cikgu Rosli bin Maun selaku Penyelaras Unit Kecemerlangan UPSR telah mengambil kata putus membawa calon-calon potensi 5A ke Negeri Sembilan.

Teknik menjawab ini disertai oleh calon-calon yang dijangkakan mendapat 5A dan semua tenaga pengajar atau penceramah adalah di kalangan guru dalaman sahaja.

Lokasi Teknik Menjawab Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar :

2008           Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah.
2009           Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
2010           Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah.
2011           Regency Tanjong Tuan, PD, Negeri Sembilan.

Ini adalah merupakan wajah-wajah keriangan calon-calon dan para guru di lokasi program.










Semoga SKSI terus dilimpahi rezeki dari penaja-penaja. Amin.

Terima Kasih tidak terhingga atas usaha giat dan bersungguh-sungguh Cikgu Rosli Maun
dalam menjayakan semua Program Kecemerlangan UPSR selama ini.  

Saturday 25 February 2012

Pembimbing Rakan Belajar (PRB)

Assalamualaikum.

Program ini adalah di bawah kelolaan Guru Cemerlang, Bimbingan & Kaunseling iaitu Puan Wan Faridah bt. Wan Ahmad.


Pada hari ini telah diadakan pelancaran seperti ketentuan berikut :

Tarikh                    :       25 Februari 2012
Hari                       :       Sabtu
Masa                     :       11.00 a.m hingga 1.00 p.m
Tempat                  :       Dewan Taklimat
Jumlah Ahli PRB    :       41 orang (6 Melor)   &     9 orang (6 Seroja)



RASIONAL PROGRAM 
  1. Membina masyarakat penyayang dan saling membantu
  2. Keyakinan diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepercayaan kepada Allah
  3. Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi pelajar yang peka, bertimbangrasa, rela membantu, berinovatif dan kreatif
  4. Dapat mengurangkan masalah salah laku di kalangan pelajar
  5. Pendekatan psikologi dan interpersonal ke arah meningkatkan pencapaian UPSR SKSI




OBJEKTIF
  • Membina satu kumpulan PRB yang terlatih untuk menyelesaikan masalah pembelajaran, kesahsiahan dan sebagainya
  • Membantu meningkatkan keputusan UPSR
  • Membantu pelajar meningkatkan semangat belajar secara berkumpulan
PERANAN KETUA PRB

SEBAGAI RAKAN YANG BERKESAN SERTA PENGHUBUNG ANTARA GURU PEMBIMBING DAN RAKAN-RAKAN.


Bengkel Sains Tahun Empat

Klik Sini :   KERTAS KERJA

Tarikh  :    25 Februari 2012 ( Sabtu )   Minggu Persekolahan Ganti.

Pengenalan

Bangkel Sains murid Tahun Empat 2012 ini adalah salah satu aktiviti Panitia Sains. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid Tahun Empat dalam mengenalpasti 3 pembolehubah dalam Bahagian B.


 Objektif
  •  Menanamkan kemahiran mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah dalam Bahagian B.
  • Menanamkan sikap peka kata kunci pembolehubah dalam soalan-soalan pembolehubah.
  •  Memberi pengetahuan awal kepada Tahun Empat apa itu pembolehubah dan kepentinganya untuk dikuasai.
  • Memberi pendedahan teknik-teknik menjawab soalan pembolehubah.
 Kesimpulan
  • Bangkel yang dirancang ini telah dapat berjalan dengan lancar.  Panitia juga mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak demi menjayakan program ini.  Dengan adanya bangkel ini tadi diharap murid-murid Tahun Empat dapat menguasai soalan-soalan Bahagian B berdasarkan soalan pembolehubah dengan baik.


    Pada 3 Mac 2012....Satu lagi bangkel akan diadakan. Untuk Tahun Lima.  Insyallah.
    3 Mac 2012...adalah merupakan hari persekolahan ganti.


Sambutan Maulidur Rasul 2012


Tarikh             :           10.02.2012
Masa                :           7.30 a.m hingga 12.00 p.m
Anjuran           :           Panitia Agama Islam & J-Qaf

RASIONAL

        I.            Mengukuhkan jati diri murid-murid serta mengembalikan semula jiwa yang bersih agar tetap bersemadi dalam diri murid-murid.
      II.            Memupuk perasaan hormat dan cinta terhadap kekasih Allah.
   III.            Murid dapat menjiwai hari kebesaran Islam dan member peluang murid-murid menghayati sejarah kelahiran nabi, perjuangan baginda dan seterusnya mencontohi akhlak yang ditonjolkan oleh baginda s.a.w.


MATLAMAT

        I.            Dapat mengetahui sirah nabawiyah dan mengambil iktibar daripadanya.
      II.            Menerapkan nilai-nilai keperibadian muslim yang dimiliki oleh Rasullulah s.a.w dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
   III.            Menghayati kisah perjuangan baginda dan menegakkan agama suci yakni Islam.





AKTIVITI

·         Ceramah (Tazkirah Maulud)
·         Hafazan
·         Memancing Suku Kata
·         Fesyen Busana Muslim dan Muslimah
·         Puzzle


(Perarakan Sambutan 2012 tidak diadakan....atas arahan PPD Perak Tengah )



Thursday 23 February 2012

Lokasi Kami

Assalamualaikum

Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar terletak di Bandar Baru Seri Iskandar, Perak.



Siapakah Jiran Kami ?

Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah
Pejabat RISDA Daerah Perak Tengah & Kinta
Ibu Pejabat Polis Daerah
Pejabat JKR Perak Tengah
Perpustakaan Awam Seri Iskandar
Institut Latihan KEMAS
Kolej Profesional MARA
Universiti Teknologi Mara ( Uitm Cawangan Perak)
Universiti Teknologi Petronas ( UTP )
Sekolah Agama Tun Azlan Shah ( SMKA )
Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar
Balai Bomba Seri Iskandar
Pusat Komunikasi TLDM 
Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN )
Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana (SKIP)
Sekolah Menengah Seri Iskandar ( SMKSI )



Go Cikgu Go

Assalamualaikum
Senarai Guru Menyambung Pengajian Peringkat Ijazah dan Sarjana



Pengajian Peringkat Ijazah
Rohani bt Sidek
Universiti Sains Malaysia

Rosli bin Maun
Universiti Pendidikan
 Sultan Idris
Mazni bt. Omar
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sharifah Haslita Syed Uda Hamid
Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Noraziah bt. Abd Aziz
Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Hafeez bin Abd Kayam
Universiti Terbuka Malaysia
Mokhtar bin Shaari
Institut Perguruan
 Ipoh Perak
Radzuan bin Abd Hamid
Institut Perguruan
Ipoh Perak
Rogayah bt. Mat Jani
Institut Perguruan
Ipoh Perak
Azizah bt Moin
Institut Perguruan
 Sultan Abdul Halim
Noor Fadzilah
bt Alias
Institut Perguruan
Sultan Abdul Halim
Vasugi A/P Subramaniam
Institut Perguruan
Tuanku Bainun
Azni bt.
Abdul Rashid
Institut Perguruan
 Ilmu Khas


Pairus bt.
Jamaluddin
Institut Perguruan
 Darul Aman



Tajul Amini bin
Zahran
Institut Perguruan
 Ipoh Perak



Pengajian Peringkat Sarjana
Nurbaizura bt. Mohd Arabi
UPSI
Sesi 2011/2012
Rekha Dewi A/P Athma Ram
UPSI
Sesi 2011/2012
Anisah Azian bt. Muhd Yusub
USM
Sesi 2008/2009
(Telah Tamat Pengajian)
Tarikh Konvo 21.4.2012
Arzahar bin Ismail
UPSI
Sesi 2007/2008
 (Telah Tamat Pengajian)
Tarikh Konvo 16.3.2010


Moga terus berjaya. Syabas !!!

PEPERIKSAAN (UJIAN 1) (BULAN MAC) 2012


Berikut adalah tarikh perlaksanaan Ujian 1

bermula 

5 - 8 Mac 2012
( Isnin - Khamis )

Diharap semua pelajar hadir sepanjang tarikh tersebut


"Selamat mengulangkaji pelajaran"
"Semoga anda berjaya dengan cemerlang"

Disediakan oleh :

Puan Intan Nurhaniza bt. Alias
Unit Peperiksaan Sekolah




Tahniah SKSI !!!!!

Assalamualaikum

Tahniah kepada Unit Kokurikulum di bawah pimpinan Encik Mokhtar bin Shaari kerana sekolah berjaya mengondol beberapa kejayaan dalam kejohanan MSSD Perak Tengah.

Pihak sekolah juga berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha, masa dan keringat jurulatih-jurulatih di kalangan guru-guru sekolah SKSI yang bersunguh-sungguh melatih para atlit SKSI.

Terima Kasih. Moga semuanya diberkati Allah SWT.


Pasukan Bola Tampar Sekolah

Kejohanan Bola Tampar MSSD Perak Tengah             ( Peringkat Daerah )

Tarikh :  18 Januari 2012

Pencapaian :   Pusingan Awal.

Jurulatih  :   Cikgu Salim Husairi b. Saad & Cikgu Ku Redzuan Ku Ismail




Kejohanan Tenis MSSD Perak Tengah

Perseorangan 

Tarikh :   1 Januari 2012

Pencapaian :  Naib Johan Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun.  ( Peringkat Daerah )

Lokasi   :  MRSM Pasir Salak, Perak.

Jurulatih  :                                                                          PK Kokurikulum 






Kejohanan Badminton Bawah 12 Tahun MSSD Perak Tengah

Perseorangan

Tarikh :   1 hingga 4 Januari 2012

Pencapaian :   No 3 bawah 12 tahun 
( Peringkat Daerah)

Lokasi  :  SMK DARY, Bota Kanan, Perak.

Jurulatih :  Cikgu Hani bin Ngah Mat Ali







Kejohanan Merentas Desa MSSD Perak Tengah

Kategori : Sekolah Rendah

Tarikh :  4 Februari 2012

Pencapaian :  Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah
(Peringkat Daerah)

Lokasi  :  SMK Layang-Layang Kiri, Bota, Perak.

Jurulatih : Cikgu Ku Redzuan Ku Ismail




Kejohanan Ping Pong MSSD Perak Tengah

Kategori :  Lelaki Bawah 12 Tahun.

Tarikh :   8 Februari 2012

Pencapaian :  Naib Johan  & Ke 3 Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun

Mewakili Daerah ke Peringkat Negeri di Taiping. (19-20 Feb 2012)

Lokasi :  SARJANA, Kg Gajah, Perak.

Jurulatih :  Cikgu Arzahar bin Ismail.


"  MAJLU LAH SUKAN UNTUK SKSI "




Warna Warni Kehidupan Kami