SEKOLAH KU

Sunday 27 May 2012

SIFAR SAMPAH


Assalamualaikum…

Baru-baru ini 14 Mei 2012, sekolah di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling telah melancarkan PROGRAM SIFAR SAMPAH.

Perasmian oleh GB
Program ini bertujuan untuk mengurangkan masalah sampah yang ada di persekitaran sekolah. Berikutan itu, sekolah mulai 14 Mei tidak lagi menyediakan tong-tong sampah seperti kelaziman. Murid dikehendaki membuang sampah peribadi menggunakan beg plastic masing-masing yang di bawa dari rumah. 

Kantin juga tidak lagi menjual makanan menggunakan beg @ bekas plastik. Minuman dalam beg @ bekas plastik tidak dibenarkan dijual kepada pelajar-pelajar. Hanya guna cawan plastik sahaja. Minum hanya di kawasan kantin sahaja.

Sekumpulan pelajar mengadakan persembahan
sempena pelancaran prorgam
Alhamdulilah. Sehingga kini. Pemerhatian menunjukkan kesan positif. Masalah pembuangan sampah dimerata kawasan sekolah berjaya diatasi. Persekitaran kembali ceria dan bebas sampah.

Syabas kepada semua pelajar SKSI yang berjaya dan mampun mencapai objektif program. Kepada ibubapa yang memahami hala tuju program ini juga diucapkan jutaan terima kasih.
Bersama kita menjayakan SIFAR SAMPAH SKSI. Terima Kasih.


Saturday 26 May 2012

Selamat Bercuti Mei-Jun 2012



TIDAK KIRA DI MANA JUA ANDA BERADA
KHUSUSNYA

CIKGU-CIKGU 
SK SERI ISKANDAR

SERTA
CIKGU-CIKGU YANG MELAYARI BLOG KAMI INI

SELAMAT BERCUTI.


Thursday 24 May 2012

PERTANDINGAN SKETSA PETRONAS STREETSMART 2012


TAHNIAH !!!!

JOHAN
PERINGKAT NEGERI PERAK


SKSI akan mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan di Melaka.

Warga SKSI bangga dengan usaha gigih
guru-guru@jurulatih
iaitu Pn.Anisah, Pn.Nurhaniza & Pn.Hjh Nor Asiah
serta murid-murid terlibat kerana berjaya menaikan nama sekolah & Daerah Perak Tengah.


SELAMAT BERJUANG DI MELAKA PERINGKAT 

KEBANGSAAN



pertandingan ini telah diadakan di :

SBPI Gopeng ( 23.05.2012)


Tuesday 22 May 2012

Latihan Kebakaran 27 April 2012

Assalamualaikum..

Latihan kebakaran ini telah berjaya diadakan bulan April yang lalu. Tahniah dan syabas kepada Ustaz Nik Zubairi bin Zabidi. Selaku Penyelaras beliau telah berjaya mencapai objektif program dengan baik.

TARIKH
27 April 2012
MASA
11.00 pagi
TEMPAT
Semua kawasan sekolah
Teraju
Ustaz Nik Zubairi bin Nik Zabidi
Penyelaras Program Kebakaran

Semua murid bergegas ke padang sekolah setelah siren dibunyikan.

Guru kelas catat bilangan murid

Guru memastikan tiada murid yang tertinggal dimana-mana kawasan kebakaran atau sekolah

Guru Besar sedang memberi taklimat keselamatan kepada semua pelajar

Ustaz Nik ..orang kuat latihan kebakaran. Kami-Kami yang sebelah hanya tumpang glamour. :)

Mesyuarat Program Kelas Tambahan Cuti Persekolahan Mei 2012

Assalamualaikum


TARIKH
22 MEI 2012
MASA
2.00 P.M hingga 3.30 P.M
TEMPAT
BILIK MESYUARAT
PENGERUSI
PUAN NURISHAH BT. MAT TAIB
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


Semua guru TERAS diwajibkan hadir. Terima Kasih.


Monday 21 May 2012

Program Kelas Tambahan Tahun Enam (Cuti Sekolah 2012)

Assalamualaikum..

  1. Perhatian kepada semua ibubapa & penjaga semua murid Tahun Enam SKSI 2012.
  2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN.
  3. Adalah diharapakan pihak tuan/puan dapat mengambil anak tuan/puan pada masa yang ditetapkan.
  4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan diucapkan jutaan terima kasih.
Program tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

TARIKH
28 MEI 2012 HINGGA  
1 JUN 2012
MASA
8.30 A.M HINGGA 12.00 P.M
HARI
ISNIN HINGGA JUMAAT






JADUAL
TARIKH
MP
GURU
28.5.12
Sains
Arzahar Ismail
Nurhidayah Peong Abdullah
Rohani Sidek
Pairus Jamaluddin
29.5.12
Matematik
Rosli Maun
Radzuan Abd Hamid
Anisah Azian Mohd Yusob
Hafeez Abdul Kayem
30.5.12
B.Melayu
Zakiah Zamidi
Salmah Ahmad
Hani Ngah Mat Ali
Rogayah Mat Jani
31.5.12
B.Inggeris
Mazni Omar
Azni Abd Rashid
Rekha Dewi Athma Ram
Guru-Guru BI
1.6.2012
Matematik
Rosli Maun
Radzuan Abd Hamid
Anisah Azian Mohd Yusob
Intan Norhaniza

(sumber : Unit Kecemerlangan UPSR, Encik Rosli bin Maun)

Laporan disediakan oleh : Encik Arzahar bin Ismail.

Sunday 20 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

21 Mei 2012 sehingga 24 Mei 2012


JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
TAHUN EMPAT HINGGA TAHUN ENAM

TARIKH
WAKTU
MATA PELAJARAN
TEMPOH MASA
21 MEI
ISNIN
8.00 am – 9.00 am
9.10 am-10.10 am
11.10 am-12.10 pm
Pendidikan Islam/ Moral
Jawi
Bahasa Arab

1 jam
1 jam
1 jam
22 MEI
SELASA
8.00 am – 8.50 am
9.00 am-10.15 am
11.10 am-11.50 am
BM Pemahaman
BM Penulisan
Matematik Kertas II

50 m
1 j 15m
40 m
23 MEI
RABU
7.45 am – 8.45 am
9.00 am-10.15 am
11.10 am-12.10 pm
Matematik Kertas I
Sains
Kajian Tempatan

1 jam
1j 15m
1 jam
24 MEI
KHAMIS
8.00 am – 8.50 am
9.00 am-10.15 am
11.10 am-12.10 pm
Bahasa Inggeris  I
Bahasa Inggeris II
Sivik

50 m
1 j 15m
1 jam



JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
TAHUN TIGA SAHAJA


TARIKH
WAKTU
MATA PELAJARAN
TEMPOH MASA
21 MEI
ISNIN
7.40 am – 8.40 am
8.50 am-9.50 am
10.45 am-11.45 am
Pendidikan Islam/ Moral
Jawi
Bahasa Arab

1 jam
1 jam
1 jam
22 MEI
SELASA
7.40 am – 8.30 am
8.40 am-9.55 am

BM Pemahaman
BM Penulisan

50 m
1 j 15m

23 MEI
RABU
8.00 am – 9.00 am
10.45 am-12.00 pm

Matematik
Sains

1 jam
1j 15m

24 MEI
KHAMIS
8.00 am – 8.50 am
9.00 am-10.15 am
Bahasa Inggeris  I
Bahasa Inggeris II

50 m
1 j 15m


















Perhatian : Semua murid yang menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun dibenarkan pulang pukul 1 pm.
(Sumber : Puan Azni Abdul Rashid, SU Peperiksaan Dalaman )

Disediakan Oleh : Encik Arzahar bin Ismail

Saturday 19 May 2012

Action Song Peringkat Negeri Perak


TAHNIAH !!!
NO 3
PERINGKAT NEGERI PERAK

SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT KHUSUSNYA 
PARA PESERTA SKSI
&
PUAN NURAZIAN SERTA PUAN AYUNIZA

Pertandingan ini diadakan di :
IKBN Seri Iskandar, Perak.
Tarikh : 19.05. 2012

Wajah Kebangaan Warga SKSI



(Sumber : Maklumat Kemenangan : Cikgu Mokhtar Shaari, Penolong Kanan Kokurikulum SKSI)
(Sumber : Gambar : Ustazah Syuhaida, SK Layang-Layang Kanan, Parit)

Disediakan oleh : Encik Arzahar bin Ismail.

Thursday 17 May 2012

Jamuan Mesra Sempena Hari Guru Peringkat Sekolah Fasa 2 (17 Mei 2012)

 Majlis ini berlangsung sekitar :

1.00 pm hingga 2.00 p.m.  Lokasi Perkarangan kantin.
Tetamu Jemputan :  Pegawai-Pegawai PPD, PIBG dan Semua Warga Sekolah.











Tetamu : Pegawai-Pegawai PPD.


(Sumber : Gambar : Encik Arzahar bin Ismail)

Laporan Disediakan Oleh :
Encik Arzahar Ismail
SU Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Wajah-Wajah Hari Guru Peringkat Sekolah Fasa 1 (16 Mei 2012)

SEKITAR
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012 ( Semua aktiviti ini berlaku 16 Mei 2012)


Sebahagian Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru 2012
Kebetulan...PINK COLOUR.

Sekitar Pukul 8.15 a.m semua guru & pelajar berkumpul di Dewan Makan Asrama.
Majlis secara rasmi bermula. Nyanyian lagu Hari Guru, Lagu Tema & Bacaan Ikrar. 

Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Timbalan Pengerusi Sambutan membaca 
Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Penolong Kanan Pentadbiran pula memberi ucaptama.
Guru Besar dan PK Hem menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 
di Kuala Kangsar, Perak.

Puan Fadhilah mendapat hadiah daripada Encik Rosli...PERIUK NASI ELEKTRIK
Puan Salmiah mendapat hadiah daripada PK Pentadbiran...HAMPER MAKANAN


Encik Hani mendapat hadiah daripada Puan Intan...PERIUK BERTINGKAT
Puan Azian mendapat hadiah daripada Puan Sharifah...TOTO

Encik Radzuan mendapat hadiah daripada Puan Rubiah...KEMEJA GEN MARTINO
Puan Salmah mendapat hadiah daripada Cik Fatnin...TOTO

Sukaneka...Mulai pukul 11.00 a.m
Permainan diteruskan walapun hujan renyai-renyai. 
Semua guru gembira dengan acara yang diadakan
oleh Cikgu Radzuan Abd Hamid.

Pertandingan Boling...sekitar pukul 2.45 petang. 
Seramai 40 orang guru menyertai pertandingan yang dianjurkan 
Pengusaha Kantin SKSI. 
Sungguh meriah...Ukhwah terjalin baik sesama guru SKSI. 
Terima Kasih juga kepada Staf Pejabat turut serta.
Penaja kami saban tahun. Terima Kasih daun keladi. Hehehhe
Tahniah kepada Kumpulan Penolong Kanan Kokurikulum
Menjuarai Pertandingan Bowling ini.
1 kumpulan = 4 orang

Disediakan oleh :
Cikgu Arzahar bin Ismail
Setiausaha Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Sekian.Terima Kasih.

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012


GURU INOVATIF MELONJAKKAN 
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

SELAMAT HARI GURU
BUAT
SEMUA GURU-GURU 

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR
32610 BANDAR BARU SERI ISKNDAR
PERAK DARUL RIDZUAN.



Saturday 12 May 2012

Pelancaran Mentor-Mentee 2012


Assalamualaikum..

Sekitar majlis 

pelancaran mentor – mentee 2012
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

TARIKH
12hb Mei 2012
HARI
Sabtu
MASA
8.30 a.m hingga 12.00 p.m
TEMPAT
Perkarangan Kantin Sekolah












Moga yang dirancang ini mendapat keredhoaan Mu Ya Allah
Limpahkan rezeki 5A
dan
Jadikan mereka insan-insan yang sentiasa dalam lindungan-Mu. Amin.

TAHNIAH !! untuk......

Puan Wan Faridah bt Wan Ahmad (DG44)
Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling 

Kerana berjaya menjayakan program ini dengan jayanya. Syabas !!!


Warna Warni Kehidupan Kami