SEKOLAH KU

Wednesday 20 June 2012

Tandas Bersih Murid Ceria

Assalamualaikum...

Tarikh : 20 Jun 2012 ( 3-5 ptg)

Baru sebentar tadi guru-guru SKSI cuba merealisasikan motto TANDAS BERSIH MURID CERIA. Beberapa kumpulan guru dibentuk untuk mengindahkan tandas murid. Proses mengecat dan menghias dalam tandas berjalan dengan lancar.

Guru-guru SKSI memang hebat dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam kerjaya. Syabas !! Moga keluarga SKSi terus maju jaya dan berganding bahu bersama sepanjang masa tidak kira apa acara.

Kepada tukang masak dan penaja-penaja makanan tadi. Diucapkan jutaan terima kasih.  Moga Allah membalas jasa baik kalian. Buat cikgu-cikgu yang turun padang tadi...anda memang terbaik. Moga Allah juga membalas setiap keikhlasan yang dihulurkan.


Syabas guru-guru SKSI.  Tahniah kepada SU, Puan Norazian Ismail dan Pengarah Projeknya Encik Salleh Ahmad (PK Hem) kerana menjayakan program ini.

Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami