SEKOLAH KU

Thursday 8 March 2012

Gotong Royong Bebas Denggi

Assalamualaikum
Tarikh            08 Mac 2012
Hari               Khamis
Masa             7.30 hingga 8.30 a.m
Tempat          Sekitar Kawasan Sekolah SKSI
Anjuran          Unit Bebas Denggi

Pendahuluan

Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemic di beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO,2002).

Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di Malaysia, penyakit demam denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian, pada hari ini pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk AEDES di sekolah SKSI.
Objektif
  1. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
  2. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi
  3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  4. Mengwujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.
Jawatankuasa Pelaksana

Semua murid Tahun Lima dan guru mata pelajaran

Tahun
Kawasan
5M
Padang Sekolah
5S
Longkang Belakang Sekolah
5T
Blok A dan B
5K
Blok C dan D

Guru Penyelaras Bebas Denggi :  Puan Nurbaizura binti Mohd Arabi bersama Cik Noorfatnin binti Ghalib.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami