SEKOLAH KU

Thursday 14 March 2013

MOTIVASI KEROHANIAN TAHUN ENAM (MAC 2013)

Assalamualaikum...

Alhamdulilah....satu lagi program Tahun Enam telah selesai diadakan. Program ini dibawah seliaan Encik Arzahar bin Ismail selaku Penyelaras Tahun Enam 2013.

Brosour disediakan oleh Encik Arzahar Ismail

Pihak sekolah berbesar hati menjemput Ustaz Ismail bin Shaari seorang Guru Agama Cemerlang Negeri Perak yang juga Jurulatih Utama Dakwah Negeri Perak. Terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir. Malah terima kasih sekali lagi kerana sudi mejadi imam Solat Asar bersama peserta motivasi. 

Peserta @ Calon UPSR 2013 SKSI sedang tekun mendengar butiran yang disampaikan oleh Ustaz Ismail

Pihak urusetia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua calon UPSR SKSI seramai 151 orang kerana setia dan amat berminat mendengar apa yang disampaikan oleh Ustaz Ismail. 

Aktiviti amat diminati murid SKSI. 

Terima kasih juga kepada Tuan Guru Besar, Hj.Muhd Noor Harun, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nurishah bt Mat Taib, Puan Mazni bt Omar, Puan Rohani bt Sidek, Puan Anisah Azian bt Muhd Yusob, Puan Amelia bt Mohamed Amin dan Puan Rogayah bt Mat Jani kerana sudi meluangkan masa bersama peserta program ini.

Berminat mendengar apa yang diperkatakan oleh Ustaz Ismail

Sebahagian Murid Lelaki Yang hadir

Rahsia Sekeping Kertas...hehehhehe.

Murid Teruja Dengan Aktiviti Ini..menyeronokkan.

Syed mencuba simbolik ..di mana ada kemahuan disitu ada kejayaan
Akhirnya dengan usaha yang fokus dan bersunguh-sungguh...RM5.00 menjadi miliknya. 

Ustaz bersama seorang murid.

Penyampaian Saguhati Sekolah buat Ustaz Ismail bin Shaari.
Disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Hj. Mohd Noor bin Harun.

Insyallah pada 8 April 2013 akan diadakan MOTIVASI AKADEMIK pula bersama MRSM Parit. Isnin jam 3.00 hingga 4.30 petang. Bertempat di SKSI Bilik Tutorial.

Saya selaku Penyelaras Tahun Enam 2013
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Hingga berjumpa lagi....Program Motivasi (Akademik) bersama MRSM pula. 

Terima Kasih..jumpa lagi.

PENYELARAS  PROGRAM  : ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL

Tuesday 12 March 2013

UJIAN MAC SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR ( MAC 2013)

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN MAC 2013
KEPADA SEMUA MURID TAHUN 4 HINGGA 6

MOGA BERSEDIA DAN BEROLEH KEJAYAAN. AMIN.

19 MAC - 21 MAC 2013
SELASA HINGGA KHAMIS


MESEJ INI DIBAWA OLEH :

UNIT PEPERIKSAAN DALAMAN
PUAN AZNI BT ABD RASHID

&

UNIT PEPERIKSAAN UPSR
HJH.NORASIAH BT NAWAWI


SOLIVITE BERSAMA DR MUDA SKSI (MAC 2013)

Assalamualaikum...

DR Muda sekolah SKSI pada hari ini (13.3.2013) telah bekerjasama bersama SOLIVITE-MEMUPUK BADAN CERGAS MINDA CERGAS telah datang ke sekolah untuk khidmat sosial koperat mereka.

Terima kasih kepada SOLIVITE.  Hingga berjumpa lagi.


Puan Azizah Yahya

Program ini untuk Pra Sekolah & Tahap 1 sahaja.

Pra Sekolah


PENYELARAS PROGRAM : PUAN AZIZAH BT YAHYA

LADAP : PEMBINAAN JSU & PEREALISASIAN ITEM (FEB 2013)

Assalamualaikum....

Pada 28 Februari 2013 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP 2013) bertajuk : PEMBINAAN JSU DAN PEREALISASIAN ITEM.

Penceramah adalah Guru Cemerlangan Matematik iaitu Encik Rosli bin Maun.  Tahniah diucapkan kepada semua guru yang sudi hadir. Ilmu yang begitu banyak yang dapat kita timba daripada Cikgu Rosli Maun harus dimanfaatkan sebaiknya buat semua guru SKSI.


Guru Besar-Ucap utama sebelum LDP dimulakan.

Cikgu Rosli sedang menyampaikan maklumat berkaitan kursus

Cara bagaimana mencatat apa yang perlu di dalam Jadual JSU

Sebahagian guru yang mengikuti kursus @ LDP

Tn.Hj.Rabii sedang mencatat apa yang disampaikan oleh Encik Rosli Maun

PENYELARAS PROGRAM : ENCIK ROSLI BIN MAUN

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH (MAC 2013)

Assalamualaikum...

Syabas dan Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar di bawah bimbingan Ustazah Cik Fatnin bt Ghalib maka dua orang murid sekolah ini telah berjaya mengondol hadiah utama di dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan Peringkat Daerah ini telah diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh    :    9 Mac 2013
Lokasi   :     SMA Raja Nazrin Shah, Kg Gajah.

Keputusan    :   Siti Khadijah bt Mokhtar (6M) - Bercerita Kisah Al-Quran (83 markah) 
                        Naib Johan SK Felcra Nasarudin (79 markah)  Ketiga SK Bota Kiri (75 markah)

                        Muhammad Yusuf bin Azman (5M) - Naib Johan Hafazan Al-Quran ( 74 markah) 
                        Johan SK Bota Kanan (75 markah) Ketiga SK Bota Kiri (71 markah)

                        MTQ Peringkat Negeri akan diadakan di Daerah Kerian (25 & 26 April 2013)


Tahniah....&.....Syabas.

Guru Pembimbing @ Pengiring
Ustazah Cik Fatimah dan Ustazah Cik Fatnin

PENYELARAS/PEMBIMBING PROGRAM : CIK FATNIN BT HJ.GHALIB


Thursday 7 March 2013

DR Muda SKSI (2013)

Syabas kepada guru-guru Kelab DR Muda SKSI. Khususnya Puan Azizah bt Yahya. Dibantu Ustaz Salim dan Ustazah Fatnin.









Tahniah...anda guru yang rajin. 
PENYELARAS DR MUDA : PUAN AZIZAH BT YAHYA

KURSUS DR MUDA & PBSM SKSI (FEBRUARI 2013)

Assalamualaikum..

Bertarikh 27 Februari 2013 telah diadakan program PBSM SKSI bersama Pusat Kesihatan Kecil Parit.
Program ini telah jaya diadakan. PBSM bekerjasama dengan Kelab Dr Muda sekolah SKSI.

Berikut adalah gambar sepanjang program.






Murid menjalankan latihan praktikal
CPR

Puan Azizah Yahya sedang menyampaikan sedikit
saguhati kepada Penceramah/Fasilitator.

PENYELARAS : PUAN AZIZAH BT YAHYA


MOTIVASI KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH SKSI (FEB 2013)

Assalamualaikum..

Bertarikh 20hb Februari 2013 baru-baru ini, Unit Bimbingan & Kaunseling kelolaan Puan Norsaadah bt Abd Aziz telah menjayakan Program Motivasi Kepimpinan Pemimpin Sekolah SKSI.

Penceramah jemputan ialah Ustaz Ismail bin Shaari, (SMK Layang-Layang Kiri) Guru Agama Cemerlang Peringkat Negeri Perak. Malah beliau merupakan penceramah yang disegani dan disenangi di Perak Tengah dan Negeri Perak.

Majlis bermula seperti ketentuan berikut :

Tarikh    :      20 Feb 2013
Masa     :       3.00 petang hingga 4.30 petang
Hari       :       Rabu
Tempat  :       Bilik Tutorial Blok D.

Antara yang hadir ialah :

1.Pengawas Sekolah
2.Pengawas Pusat Sumber
3.Pengawas SPBT
4.Pengawas Unit Peperiksaan
5.Pembimbing Rakan Sebaya
6.Pengawas Asrama
7.Ketua Kelas
8.Penolong Ketua Kelas

Alhamdulilah...program berjalan lancar. Amin.







Tanda Terima Kasih...PK 1 menyampaikan sedikit 
saguhati buat Ustaz Ismail

--------------------------------------------------------------------------------------
Jawatankuasa Yang Menjayakan Majlis 

Kalian Hebat...Kalian Guru Yang Bertanggungjawab. Syabas.
Berusaha memberi ilmu kepada anak didik. 

Sekian Terima Kasih.

PENYELARAS : PUAN NORSAADAH BT ABD AZIZ ( Bimbingan & Kaunseling)

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT MINGGUAN (JAN-NOV 2013)

Assalamualaikum...

Alhamdulilah...sudah 6 kali kami menjayakan majlis ini bermula penghujung bulan Januari 2013 hingga kini 7hb Mac 2013.  Jika esok diizinkan Allah swt, maka 7 kali kami sudah menjayakannya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang sudi hadir mengimarahkan surau setiap pagi jumaat bermula 7.30 hingga 8.30 pagi.

Sehingga kini khalifah-khalifah yang setia dan komitmen berjaya membawa majlis ini dengan baiknya. Terima kasih kepada khalifah-khalifah.  Iaitu :

1.Tuan Guru Besar : Tn Hj. Muhd Noor bin Harun
2.Ustaz Salim Husairi
3.Ustaz Nik Zubairi Nik Zabidi
4.Ustaz Zaki Yamani Ismail

Juga tidak lupa kepada penolong-penolong kanan, guru-guru, warden asrama, kakitangan asrama dan semua kakitangan pejabat yang turut serta.


Kepada calon-calon UPSR 2013 teruskan hadir dan bersemangat bersama menjayakan majlis ini. Majlis ini adalah majlis anda.




Gambar sekitar Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat.















Sebahagian murid lelaki dan perempuan sedang membaca Yassin.






Semoga majlis ini diberkati Allah dan dengan keberkatan majlis ini...moga ramai calon mendapat 5A dalam UPSR 2013. Amin.


PENYELARAS  : ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL (Penyelaras Program Tahun Enam 2013)



Warna Warni Kehidupan Kami