SEKOLAH KU

Saturday 26 January 2013

Kelas Tambahan Petang UPSR 2013 (FEB-OGOS 2013)

Assalamualaikum

Makluman kepada ibubapa dan penjaga murid-murid Tahun Enam 2013 bahawasanya Kelas Tambahan Petang akan diadakan seperti ketentuan berikut :


    Tarikh                     :               4hb Februari  hingga 27 Ogos  2013
                Masa                      :               2.05 petang hingga 4.30 petang
                Hari                        :               Isnin dan Selasa sahaja
                Tempat                   :               Kelas Tahun Enam Sewaktu  Arus Perdana

Pihak tuan/puan boleh merujuk segala perkara berkaitan dengan program ini dengan KLIK pada LINK yang tertera.



Sekiranya mempunyai masalah berkaitan dengan kelas ini, pihak tuan/puan boleh MENGHUBUNGI 05-3711197 dan berhubungan dengan saya iaitu Encik Arzahar bin Ismail selaku Penyelaras Tahun Enam 2013.

Pihak tuan/puan juga boleh meninggalkan komen atau pandangan berkaitan program ini. Diharap komen-komen yang membina akan menjadikan anak didik atau calon UPSR SKSI 2013 lebih mantap dan berjaya. In Shaa Allah. Amin.

Maklumat ini disediakan oleh :

Encik Arzahar bin Ismail
Penyelaras
Kecemerlangan UPSR 2013.
(11.24 mlm-26.1.2013)

Dengan kelulusan dan disahkan oleh :

Tn.Hj. Mohd Noor bin Harun
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar
32610 Seri Iskandar
Perak.

PENYELARAS PROGRAM : ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL

Friday 25 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H (JANUARI 2013)

Assalamualaikum...

Bertarikh 23.01.2013 bersamaan 11 Rabiul Awwal 1434H telah berlangsung Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.

Program diadakan di kantin dan di surau asrama. Majlis yang diadakan adalah seperti berselawat, ceramah dan mewarna. Majlis bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Hingga berjumpa lagi di 1435H. In Shaa Allah.

Berselawat di ketuai
Ustaz Zaki Yamani

Ustaz-ustaz dan guru praktikal yang berbakat besar
bermain kompang

Ustaz Nik sedang memberi arahan dan menyatakan
syarat-syarat pertandingan mewarna

Murid sedang mengambil bahagian 
dalam Pertandingan Mewarna 

Bantuan Awal Persekolahan RM100 (JANUARI 2013)

Assalamualaikum..

Bertarikh 22.01.2013 bertempat di kantin sekolah telah berlangsung majlis penyerahan RM100 kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Majlis penyerahan secara simbolik (10 orang ibubapa)  telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit, YB Drs Mohd Nizar bin Hj. Zakaria. Selepas itu, ibubapa boleh mengambil wang tersebut di kelas anak masing-masing. Antara tetamu yang hadir wakil PIBG dan Ibubapa atau penjaga murid.

YB Drs Mohd Nizar b. Hj. Zakaria

Ibubapa sedang memberi perhatian mendengar ucapan YB 
dan
 YB sedang menyerahkan RM100 kepada ibubapa

Ibubapa sedang menunggu giliran untuk mendapat RM100

Ibubapa yang datang mengambil RM100.00

Hingga berjumpa lagi di Tahun 2014.

Tuesday 22 January 2013

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

Assalamualaikum...

Setiap Jumaat bermula pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi berlangsung majlis bacaan Yassin mingguan bagi semua murid-murid Tahun Enam 2013.

Sehingga kini telah dua kali majlis berlangsung. Terima kasih kepada Guru Besar dan Ustaz-Ustaz yang sudi menjadi khalifah waktu pembacaan Yassin. Terima kasih juga kepada guru-guru yang sudi meluangkan masa mengimarahkan surau sempena bacaan Yassin mingguan ini.

In Shaa Allah...pada 5 September 2013 akan berlangsung majlis Bacaan Yassin Perdana Sekolah...bersempena Peperiksaan UPSR 2013. Bertempat di Surau Asrama Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

 Ustaz Salim - Khalifah Bacaan Yassin (7.30 - 7.50 a.m)

Ustaz Nik- Imam Solat Hajat & Tazkirah (7.50 - 8.30 a.m)

Murid sedang membaca Yassin


Sunday 20 January 2013

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBUBAPA DAN GURU TAHUN ENAM

Assalamualaikum...


Pada 19hb Januari 2013, berlangsung satu lagi program amat penting buat sekolah iaitu MAJLIS PERMUAFAKATAN IBUBAPA BERSAMA GURU 2013. Anjuran : Unit Kecemerlangan UPSR bersama PIBG.

Objektif Program 
  1. meningkatkan peratus keseluruhan UPSR 2013 kepada 90%
  2. menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 5A dalam UPSR 2013
  3. Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibubapa dengan pihak untuk memantau pembelajaran anak-anak semasa berada di sekolah
  4. Memastikan hubungan antara ibubapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan dan harmonis
  5. Memastikan penyaluran maklumat kepada ibubapa berhubung dengan prestasi murid berjalan lancar 
  6. Memastikan hubungan maklumat kepada ibubapa berhubung dengan prestasi murid berjalan lancar
Tentatif Program

8.00 a.m        Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga
8.30 a.m        Ucapan Pengerusi Majlis : Pn. Mazni bt Omar
8.35 a.m        Bacaan Doa : Ustaz Mohd Salim Husairi
8.40 a.m        Ucapan Guru Besar merangkap Penasihat : Tn. Hj. Mohd Noor b. Harun
9.00 a.m        Ucapan PIBG : Pn. Narimah bt Hashim
9.20 a.m        Ucapan Penyelaras Tahun Enam : En. Arzahar Ismail
10.00 a.m      Ucapan Wakil Bank Rakyat Cawangan Seri Iskandar
10.30 a.m      Majlis tamat dan Jamuan.

Terima kasih kepada Bank Rakyat yang sudi menaja program dan semua ibubapa yang sudi hadir. Jasa anda hanya Allah swt sahaja dapat membalasnya. Kepada Pihak Pentadbir dan Guru-Guru yang hadir..terima kasih juga.

Guru Besar sedang berucap membentangkan perjalanan sekolah khususnya 
program 2013

Pn. Narimah (PIBG) En Arzahar (Penyelaras) Hj Mohd Noor (GB)

Wakil Bank Rakyat

Ibubapa Tahun Enam yang hadir...terima kasih

Kaunter Bank Rakyat...selepas program ibubapa mengambil peluang
membuka akuan Nuri Bank Rakyat.

Moga apa yang dimuafakatkan beroleh kejayaan.

Hingga berjumpa lagi pada sesi Majlis Permuafakatan II dan III pada masa akan datang.

Sekian., Terima Kasih.

PENYELARAS PROGRAM : ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL

Sepetang - Hi Tea Majlis Permuafakatan warga SKSI

Assalamualaikum...

Pada 17hb Januari 2013 seramai 30 orang guru dan staff sokongan sekolah ini telah terpilih untuk Majlis Permuafakatan bertempat di Hotel Putra Iskandar, Seri Iskandar.Perak.  Bermula jam 5.30 hingga 6.30 petang.

Guru-guru bersama beberapa staff sokongan mendengar amanat khas daripada tuan guru besar iaitu Tuan Hj. Mohd Noor bin Harun.  Amanat yang disampaikan sangat baik dan harus menjadi peringatan buat semua yang hadir.

Setelah majlis ucapan selesai semua ahli permuafakatan dijemput menjamu selera di hotel tersebut.

Guru Besar sedang bersemangat menyampaikan amanat kepada kakitangan SKSI yang hadir

Penolong Kanan HEM bersama Cikgu Radzuan & Cikgu Arzahar

Cantik bergaya Cikgu-Cikgu SKSI

Ustazah Fatnin dan Fatimah bersama Cikgu Rogayah & Cikgu Fauziyah

Guru-Guru Pendidikan Khas dan PPM Asrama

CC bersama kakitangan Pejabat

Yummy....makan timeeeeeee

Kak Faridah...orang pejabat...test mee kari tu....heheheh

Rezeki buat yang hadir...Alhamdulilah. 

Sekian, Terima kasih...hingga berjumpa lagi.


Saturday 19 January 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013

Assalamualaikum...

Pada 2 Januari 2013 (RABU) maka bermulalah cabaran baru untuk sekolah dalam memperkasakan sekolah dan murid-muridnya. Alhamdulilah...jumlah pelajar baru yang mendaftar kian bertambah tahun demi tahun walapun  Bandar Seri Iskandar telah mempunyai satu lagi sekolah rendah yang berhampiran.

Guru Bertugas pada hari pertama dalam minggu pertama ini ialah Puan Wan Faridah dan Encik Hani Ngah Mat Ali. Agenda perhimpunan pagi tersebut adalah :

1.  Kata-Kata Aluan Guru Bertugas
2.  Bacaan Doa oleh Ustaz Zaki Yamani
3.  Kata-Kata Aluan Guru Besar. Mengalukan kedatangan murid khususnya murid pra, murid Tahun Satu  
     dan murid lain yang baru mendaftar di SKSI.
4.  Memperkenalkan Penolong Kanan Kokurikum baharu iaitu Encik Noor Rashid bin Untong dan Puan 
     Amilia bt Muhamed Amin, Guru Bahasa Inggeris baru.
5.  Amanat tentang prosedur keselamatan dan disiplin sekolah juga disampaikan oleh guru besar.
6.  8.00 pagi majlis perhimpunan selesai dijalankan.

Bersamalah kita berdoa moga SKSI terus cemerlang dan terbilang. Amin.

Guru Besar berucap menyampaikan amanat 2013

Ustaz Zaki Yamani-bacaan doa.


Murid-Murid 2013. Dibelakang Ibu Bapa / Penjaga Tahun Satu

Aset Sekolah 2013

Amanah yang harus dijaga sebaik mungkin guru-guru SKSI

Guru bersama anak-anak didik

Barisan Guru 2013

Semoga perjalanan sekolah bagi Tahun 2013 mendapat keredhoaan Allah swt.
Ya Allah jadikan lah sekolah ini terus cemerlang dan terbilang.
Terbilang akademik dan kerohanian
Keputusan UPSR 2013 membanggakan dengan jumlah 5A seramai mungkin.

Amin.





LADAP : PEMBUGARAN KSSR & PEREALISASIAN ITEM

Assalamualaikum...

Pada 31 Januari 2013 sekolah telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan. LADAP ini telah disampaikan oleh Guru Cemerlang, Encik Rosli bin Maun.

Semua guru diwajibkan hadir. Sambutan amat mengalakkan. Terima kasih kepada semua yang hadir.



Semoga apa yang disampaikan dapat dimanfaat oleh semua guru khususnya guru KSSR.

Hingga berjumpa lagi...pada LADAP yang akan datang. In Shaa Allah.

Mesyuarat H.E.M dan Kokurikulum

Assalamualaikum...

Pada 27hb Disember 2012, Sekolah telah mengadakan mesyuarat HEM dan KOKU serentak di Bilik Mesyuarat.  Tuan Guru Besar turut serta dan telah memberikan amanat dan harapan untuk sekolah bagi 2013. Beliau berharap agar unit HEM dan KOKU akan lebih mantap bagi persekolahan 2013.

Guru Besar sedang berucap.

Mesyuarat HEM telah dipengerusikan oleh En. Salleh bin Ahmad. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dalam menjayakan semua program HEM 2012. Beliau juga membentangkan Jawatankuasa Baru bagi Tahun 2013. Tahniah dan syabas kepada semua AJK yang baru.

PK HEM sedang berucap.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan AJK Unit Kokurikulum 2013. Pembentangan dilakukan oleh Encik Mokhtar bin Shaari sehari sebelum beliau pindah bertugas di PPD Perak Tengah sebagai Penyelia Kokurikulum Daerah.  Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana selama beliau berkhidmat di SKSI guru-guru telah memberikan kerjasama yang baik. Dengan adanya kerjasama tersebut, sekolah telah banyak mengondol anugerah dalam bidang kokurikulum.


Selamat menjalankan tugas bagi 2013. 

Wednesday 2 January 2013

Mesyuarat Pengurusan 2013

ASSALAMUALAIKUM...

Ipoh, Hotel Excelsior.26.12.2012...tepat jam 8.00 pagi sekolah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan 2013.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua guru.  Mesyuarat membincangkan hala tuju sekolah 2013. 

Guru Besar sedang berucap...menyampaikan amanat untuk Pengurusan Sekolah 2013


Pengerusi mesyuarat diketuai oleh Tuan Guru Besar. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Tamat jam 12.00 tengahari.

Ini guru harapan bangsa...In Shaa Allah. Amin.

Majlis disambung sekitar 12.10 minit untuk memberi ruang kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) untuk memberi sedikit cendera hati kepada semua guru SKSI. Pemberian ini merupakan tanda terima kasih sekolah kepada guru-guru dan kakitangan sokongan yang telah berjasa kepada sekolah pada 2012.

KGKT menghadiahkan semua guru perempuan dengan
TAS TANGAN. 

MANAKALA

Guru Lelaki..Tasbih, Sejadah dan Dompet.

Dikesempatan ini juga.  KGKT meraikan pertukaran Mantan PK Kokurikulum kami iaitu Encik Mokhtar bin Shaari yang bertukar ke PPD Perak Tengah sebagai Penyelia Koku PPD Perak Tengah. Tahniah kepada perlantikan Cikgu Mokhtar. 

Terlalu banyak jasa di SKSI.

Majlis tamat sekitar jam 1.00 petang. Semua guru dan kakitangan menjamu selera @ makan tengahari di hotel dan bersurai sekitar jam 2.00 petang.

Makan Time....heheheh. Yummy. 

Gambar Sekitar Mesyuarat 

Puan Zakiah, Puan Salmah dan Puan Azizah

Puan Amilia, Cik Rekha dan Encik Tan

Puan Wan Faridah, Puan Fauziah, Puan Fadhilah

Encik Arzahar dan Encik Radzuan

Ustaz Zaki Yamani dan Ustaz Nik



INI LAH MANUAL PENGURUSAN SKSI


Modul ini telah menjadi contoh kepada beberapa sekolah. 

Hingga berjumpa lagi...2014.


Warna Warni Kehidupan Kami