SEKOLAH KU

Wednesday 25 July 2012

Naik Gred 2012

Tahniah !!!


Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas kenaikan gred pihak tuan/puan.

1.    Puan Rohani bt. Sidek ( DG 29 ke DG32)
2.    Puan Aziah bt Abd Aziz (DG29 ke DG32)
3.    Puan Salmah bt. Ahmad (DG32 ke DG34)

Moga kenaikan gred ini akan dapat memotivasikan diri untuk terus cemerlang pada masa-masa akan datang.

Kecemerlangan Guru Iltizam SKSI

Tahniah dan syabas sekali lagi.

Sekian, Terima Kasih.

RETRO bil 3/2012

Assalamualaikum

Blog SKSI kali ini cuba mengimbau kembali gambar-gambar lama pelajar yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar suatu ketika dahulu.

Malah akan dipaparkan juga gambar-gambar guru RETRO SKSI yang pernah bertugas dalam mencurahkan ilmu buat anak-anak didik SKSI.

Sekian, Terima Kasih.



Murid-murid ini kini berada di Tingkatan 4. (2012)



Guru Yang Pernah Menabur Jasa Satu Ketika Dulu di SKSI
Dalam Gambar :
1. Cikgu Ina
2. Cikgu Fakru
3. Cikgu Salmiah
4. Cikgu Khariah Durulaman

Terima Kasih atas jasa-jasa kalian. :)





Kem Anak Soleh ( siri 3 )

Assalamualaikum...

Bari-baru ini pihak sekolah telah berjaya menjayakan program Kem Anak Soleh dengan jayanya. Kem ini dibawah kelolaan Biro Dakwah Asrama J-Qaf bersama Panitia Agama Islam.

Alhamdulilah..program ini turut mendapat kerjasama yang amat padu daripada Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP) bersama Akademi Fasilitator Kedah.

Telah berlangsung pada : 6 hingga 8 Julai 2012. Bertempat dan bermalam di asrama sekolah ini.

Tahniah kepada penaraju utama : Ustazah Cik Wan Noriyana bt Wan Yusof (DG41) bersama barisan guru-guru agama SKSI.

Banner / Sepanduk rasmi Kem Anak Soleh

Terima Kasih kepada fasilitator ini...sumbangan anda besar. Hanya Allah swt
sahaja dapat membalasnya. 

Aktiviti sepanjang program

Aktiviti Kaum Hawa

Aktiviti Kaum Adam

Motivasi Keibubapaan pada hari akhir
program.

Persembahan Mantap Nasyid

Penutup
Perasmian oleh : Tuan Guru Besar SKSI

Terima Kasih...moga bersua kembali pada program mendatang.

Friday 20 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


PIHAK PENTADBIRAN & KAKITANGAN
SEK.KEB.SERI ISKANDAR, PERAK

INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN  2012.


MAY THE HOLY MONTH
OF THE REVELATION OF KORAN...

USHER OPEN YOU
PEACE, HAPPINESS & PROSPERITY.

AMEEN.

Monday 16 July 2012

Sambutan Hari Denggi Asean 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalamualaikum...

Baru-baru ini Kelab DR Muda SKSI telah diberi peluang untuk menyertai Sambutan Hari Denggi 2012 bagi peringkat kebangsaan.

Program ini diadakan di Bandaraya Ipoh.  Peluang emas ini telah berjaya diambil oleh ahli-ahli kelab DR Muda dengan penuh bangga dan rasa terharu.  Terima kasih kepada pihak yang memberi peluang kepada kelab Dr Muda SKSI turut serta di dalam program ini. Apatah lagi program ini adalah PERINGKAT KEBANGSAAN.

Sepanduk DR MUDA SKSI

Ahli DR MUDA bersama Guru Pengiring Puan Azizah & Cik Fatnin

Ahli kelab DR MUDA SKSI yang menyertai program di Ipoh

Puan Azizah Yahya & Suami orang yang banyak berjasa membangunkan kecemerlangan
Kelab DR MUDA SKSI.

Ahli Kelab DR MUDA SKSI menerima hamper daripada 
Menteri Kesihatan Malaysia

Salah seorang Ahli Kelab DR MUDA SKSI berhibur bersama
Raja Lawak Nabil dan Shuib Kumpulan SEPAH.

Kenangan Indah bersama NABIL RAJA LAWAK

Ahli-ahli Kelab DR MUDA diraikan oleh pihak sekolah pada 
Perhimpunan atas penyertaan mereka di Peringkat Kebangsaan.

Tahniah buat semua guru dan ahli kelab DR MUDA.
Anda buktikan...anda hebat. 

Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah

Assalamualaikum....

Baru-baru ini Kelab Doktor Muda telah menyertai satu program peringkat daerah.  Bertempat di SK Dato Sagor, Kg Gajah, Perak.

Tarikh Program  :    7 Julai 2012
Masa                 :    8.00 pagi - 1.30 petang
Program            :    Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah

Kelab DR Muda sekolah telah berjaya mengikuti program ini dengan jayanya. Guru Pengiring ialah Puan Azizah Yahya, Puan Nur Hidayah Peong bt Abdullah dan Ustaz Salim Khusairi.

DR MUDA SKSI sedang mendengar sedikit penerangan daripada pegawai bertugas.
Perasmian Program

Salah satu aktiviti Kelab DR Muda SKSI yang berjaya mencuri tumpuan pengujung

Salah seorang ahli DR MUDA SKSI bersama hasil pemeran milik Kelab DR MUDA SKSI

Ahli Kelab DR MUDA SKSI kenangan bersama PDRM

Penghargaan buat Kelab DR MUDA SKSI

Semoga kelab DR MUDA ini terus maju jaya. Ameen.

Wednesday 11 July 2012

Teknik Menjawab UPSR 2012

Assalamualaikum..

Bertarikh 7 dan 8 Julai 2012 seramai 70 murid ELIT yang disasarkan mendapat 5A di dalam UPSR 2012 telah di beri peluang menerima pendedahan berkaitan Teknik Menjawab Soalan UPSR.

Lokasi pilihan SKSI 2012 ialah :  A Farmosa Resort, Melaka.

Diantara penceramah ialah :

1. Bahasa Melayu oleh Puan Zakiah bt Zamidi ( Ketua Pemeriksa Bahasa Melayu UPSR)
2. Bahasa Inggeris oleh Puan Mazni Omar dan Puan Azni Abdul Rashid (Guru Berpengalaman)
3. Matematik oleh Encik Rosli bin Maun ( Guru Cemerlang Matematik / JU Kebangsaan Matematik)
4. Sains oleh Encik Arzahar bin Ismail (Pemeriksa Kertas Sains / JU Sains)

Semoga anak-anak didik ini beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR 2012.

Pada 7hb dan 8 hb kami berkampung di sini.

Moga kalian mendapat 5A pada UPSR 2012

Cikgu Azni sedang menberi teknik menjawab Kertas Bahasa Inggeris

Apartment 1B
A Farmosa Resort, Melaka....SKSI menempah sebanyak 10 apartment

Aktiviti di Melaka :

Teknik Menjawab 
Water World 
River Cruise
Bandar Hilir
Makan Malam di Resort 
Mesyuarat Guru-Guru Tahun Enam bersama PK Pentadbiran

Ya Allah...jadikan lah anak-anak didik ini berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ameen.

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Assalamualaikum...

Bertarikh 10 Julai 2012 (Selasa), Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar telah menjayakan SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN SERENTAK 1 MALAYSIA dengan jayanya.

Murid sedang menjalankan aktiviti senamrobik 2012

Majlis dilancarkan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Muhd Noor bin Harun. Bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar. Semua murid dan guru terlibat.

Terima kasih kepada guru pelatih yang kini sedang menjalankan praktikal berjaya menjadi koordinator senamrobik dengan begitu baik sekali. Syabas.

Guru Besar melancarkan Senamrobik 1M 1S.

Koordinator Senamrobik...guru pelatih.

Murid SKSI sedang bersedia untuk aktiviti senamrobik 2012

Guru wanita bersama Pk Pentadbiran begitu teruja ingin melakukan aktiviti senamrobik
Semua muka kelihatan ceria.

Sebahagian lagi guru wanita SKSI....bersemangat. Itu yang harus anda tunjukkan.
Murid bersemangat guru lagi bersemangat. Bagus dan Syabas !!

Sebahagian guru lelaki...smart bergaya...tapi bersenamrobik tetap dilakukan.
Berpeluh beb...bukan tak berpeluh. 

Apapun aktiviti ini memberikan pengalaman dan kesihatan yang baik buat anak-anak didik.

Terima Kasih.
Jumpa Lagi.

Warna Warni Kehidupan Kami