SEKOLAH KU

Sunday, 4 March 2012

Bengkel Sains Tahun Lima


Tarikh                   :   3.3.2012
Masa                     :   8.00 a.m hingga 12.00 p.m
Tempat                 :   Bilik Tutorial
Penceramah       :   Encik Arzahar bin Ismail
Fasilitator             :  Puan Hidayah Peong Abdullah, Puan Pairus Jamaluddin dan Puan Norlia Zambri.  

Pengenalan

Bengkel Sains murid Tahun Lima 2012 ini adalah salah satu aktiviti Panitia Sains. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid Tahun Lima dalam mengenalpasti 3 pembolehubah dalam Bahagian B.
Objektif
  •  Menanamkan kemahiran mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah dalam Bahagian B.
  • Menanamkan sikap peka kata kunci pembolehubah dalam soalan-soalan pembolehubah.
  •  Memberi pengetahuan awal kepada Tahun Lima apa itu pembolehubah dan kepentinganya untuk dikuasai.
  • Memberi pendedahan teknik-teknik menjawab soalan pembolehubah.

Kesimpulan
  • Bengkel yang dirancang ini telah dapat berjalan dengan lancar.  Panitia juga mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak demi menjayakan program ini.  Dengan adanya bangkel ini tadi diharap murid-murid Tahun Lima dapat menguasai soalan-soalan Bahagian B berdasarkan soalan pembolehubah dengan baik.




No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami