SEKOLAH KU

Sunday 30 September 2012

JAMUAN HARI RAYA 2012/1433H

Assalamualaikum...

Jumaat (30 Syawal 1433H) sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya. Sambutan ini diamanahkan kepada KGKT.

Tetamu Jemputan Khas

Alhamdulilah...program berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada SEMUA GURU BERSAMA KELUARGA MASING-MASING yang sudi hadir memeriahkan majlis.

Cikgu Yan bergaya dengan tudung Ariani. RM800 sehelai...Makcik kayoooo.

Terima kasih juga kepada YB Ahli Parlimen Parit, kerana YB sudi turut serta ke majlis walaupun amat sibuk.
Terima kasih kepada Timbalan PPD bersama Pegawai-Pegawai PPD Perak Tengah
Terima Kasih kepada Guru-Guru Besar Kelompok 4
Terima Kasih kepada mantan Bekas Guru yang pernah mengajar di SKSI ( Ustazah Syuhaida, SK Layang-Layang Kanan, Cikgu Asmah, Penolong Kanan SK Pasir Gajah & Cikgu Fatah, GB SK.Sg Perah)

Waktu Menjamu Selera

Kehadiran tuan/puan memeriahkan majlis ini amat kami berterima kasih.

Kepada semua yang terlibat samaada secara langsung mahupun tidak langsung, kami barisan majlis tertinggi KGKT mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

* Gambar-Gambar boleh dimuat turun di dalam blog. Terdapat banyak gambar tuan/puan. Terima Kasih.

Program Selepas UPSR-MANISNYA MENJADI REMAJA

Assalamualaikum...

Bertarikh 28.09.2012 bersamaan Jumaat, Sekolah SKSI telah menganjurkan program MANISNYA MENJADI REMAJA. Anjuran Bimbingan dan Kaunseling.

Doktor sedang memberi pendedahan berkaitan perubahan diri ke alam remaja.

Pengisian program dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seorang Jururawat dan seorang doktor telah mengalas amanah ini. Syabas dan tahniah...program berjalan dengan lancar.

muka ceria mendengar topik yang dibincangkan.

Rata-rata amat berpuashati dan gembira dengan pendedahan berkaitan permulaan alam remaja mereka. Ramai yang mendapat maklumat baru tentang permulaan peralihan ke dunia remaja.

Jururawat sedang mengedar soal selidik berkaitan topik REMAJA

Program ini berlangsung di Dewan Taklimat dan berlangsung selama 2 jam.

Doktor mengajar tentang TOPIK Penjagaan Kesihatan Diri

Sekian, Terima Kasih.

Pertukaran CC dan PT 2012

Assalamualaikum..

Baru-baru ini sekolah kami kehilangan dua orang kakitangan sokongan yang begitu baik dan rajin. Orang yang kami maksudkan ialah CC iaitu Kak B dan Suzana. 

Kak B...CC kami yang terbaik. Jasa Kak B kepada warga SKSI akan kami kenang sampai bila-bila.

Puan Suzana...Selamat bertugas di SMKSI. 

Sempena pertukaran mereka, KGKT menganjurkan Majlis Perpisahan buat mereka. Jasa mereka selama dengan SKSI kami sanjung dan ucapkan jutaan Terima Kasih.

Pengerusi KGKT...mewakili semua warga SKSI sedang berucap.

Doa kami SEMUA WARGA SKSI moga terus maju jaya di tempat baru. Insyallah.

Daripada : Guru Besar & Semua Warga SKSI

Monday 10 September 2012

RETAN MURID SKSI BULAN JULAI 2012

Assalamualaikum

Berikut adalah data terkini.

Tahap 1

1
L : 57  P : 74  Jumlah : 131

2
L : 66  P : 62  Jumlah : 128

3
L : 62  P : 72  Jumlah : 134






Tahap 2

4
L : 61  P : 71  Jumlah : 132

5
L : 80  P : 60  Jumlah : 140

6
L : 82  P : 65  Jumlah : 147

P. Khas
L : 10   P : 14   Jumlah : 24






PRA SEKOLAH

MAWAR
L : 13  P : 11  Jumlah : 24

TANJUNG
L : 13  P : 12  Jumlah : 25

MELATI
L : 14  P : 09  Jumlah : 23






JUMLAH
L : 453   P : 443   Jumlah : 896

 

Berikut adalah Pelajar Kaum Lain dan Pelajar Antarabangsa :

Pelajar Kaum Lain ( Warganegara Malaysia)

4S
Luwasiny a/p Balachandran

6M
Yoghashini a/p Suresh

Orang Asli
Elny Nelviena Bt Mazlan






Pelajar Antarabangsa ( Bukan Warganegara)

Pakistan
6

Nigeria
1

Indonesia
2

Jumlah
9






* Kesemua pelajar antarabangsa ini adalah mengikut ibu

atau bapa mereka yang belajar di UTP. Ibubapa mereka

adalah pelajar Peringkat Master dan Phd di UTP, Tronoh.

JADUAL UPSR 2012

Assalamualaikum

Berikut adalah jadual UPSR 2012.

SELASA 11.09.2012

8.15 - 9.05
011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

9.45 - 11.00
012 BAHASA MELAYU PENULISAN

11.45-12.25
015/2 MATEMATIK KERTAS 2






RABU 12.09.2012

8.15 - 9.15
015/1 MATEMATIK KERTAS 1






KHAMIS 13.09.2012

8.15 - 9.30
018  SAINS

9.45 - 11.00
014 / 1   BAHASA INGGERIS KERTAS 1

11.45-1.00
014 / 2 BAHASA INGGERIS KERTAS 2

2.30 - 4.00
013 UJIAN APTITUD



KEPADA SEMUA 147 CALON UPSR
SK SERI ISKANDAR
SELAMAT MAJU JAYA.

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2012

Assalamualaikum

Seri IskandarUnit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu sebentar tadi. Bertempat di Dataran Kejat sekolah. Seramai 147 calon UPSR sekolah ini bersalaman dan memohon restu semua guru serta memohon agar dihalalkan ilmu yang guru curahkan kepada mereka sejak Tahun 1 hingga Tahun 6 sepanjang calon ini bersekolah di sini.

Wakil guru matapelajaran telah memberi sedikit ucapan semangat dan motivasi dimulai dengan wakil Bahasa Melayu, Encik Hani Ngah Mat Ali, Wakil Bahasa Inggeris, Puan Azni Abd Rashid, Wakil Matematik, Encik Radzuan Abd Hamid, Wakil Sains, Encik Arzahar Ismail serta Penyelaras Tahun Enam iaitu Encik Rosli Maun.  Kemudian Tuan Guru Besar iaitu Hj Mohd Noor bin Harun pula memberi kata-kata peransang yang cukup bermakna buat semua calon.

Diakhir majlis ini semua calon bersalaman dengan guru-guru SKSI khususnya Guru Tahun Enam.  Majlis 10.09.2012 ini berakhir sekitar jam 8.30 pagi.

Pada waktu ini semua calon berada di Bilik Tutorial bersama Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdullah seorang kaunselor Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk sedikit peransang dan semangat untuk menghadapi peperiksaan esok sehingga 13.09.2012.  Majlis dijangka habis sekitar pukul 11.30 pagi.

Kepada semua pembaca blog SKSI kami bermohon kita semua berdoa kepada Allah swt semoga calon-calon ini berjaya menduduki peperiksaan dengan jayanya dan memperolehi 5A serta sihat tubuh badan.

Sekian, Terima kasih.




CUTI BERGILIR PADA UPSR TAHUN 2012

Assalamualaikum...

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan kepada semua IBUBAPA / PENJAGA pelajar sekolah ini bahawa cuti bergilir semasa peperiksaan UPSR telah ditetapkan seperti berikut :

Tarikh
Bersekolah
Bercuti
11.09.2012
Tahun 3 & 5
Tahun 1,2 & 4
13.09.2012
Tahun 1, 2 & 4
Tahun 5 & 3


Keperihatinan tuan / puan didalam perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.

Saya yang menurut perintah
(MOHD NOOR BIN HARUN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Warna Warni Kehidupan Kami