SEKOLAH KU

Wednesday 2 January 2013

Mesyuarat Pengurusan 2013

ASSALAMUALAIKUM...

Ipoh, Hotel Excelsior.26.12.2012...tepat jam 8.00 pagi sekolah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan 2013.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua guru.  Mesyuarat membincangkan hala tuju sekolah 2013. 

Guru Besar sedang berucap...menyampaikan amanat untuk Pengurusan Sekolah 2013


Pengerusi mesyuarat diketuai oleh Tuan Guru Besar. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Tamat jam 12.00 tengahari.

Ini guru harapan bangsa...In Shaa Allah. Amin.

Majlis disambung sekitar 12.10 minit untuk memberi ruang kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) untuk memberi sedikit cendera hati kepada semua guru SKSI. Pemberian ini merupakan tanda terima kasih sekolah kepada guru-guru dan kakitangan sokongan yang telah berjasa kepada sekolah pada 2012.

KGKT menghadiahkan semua guru perempuan dengan
TAS TANGAN. 

MANAKALA

Guru Lelaki..Tasbih, Sejadah dan Dompet.

Dikesempatan ini juga.  KGKT meraikan pertukaran Mantan PK Kokurikulum kami iaitu Encik Mokhtar bin Shaari yang bertukar ke PPD Perak Tengah sebagai Penyelia Koku PPD Perak Tengah. Tahniah kepada perlantikan Cikgu Mokhtar. 

Terlalu banyak jasa di SKSI.

Majlis tamat sekitar jam 1.00 petang. Semua guru dan kakitangan menjamu selera @ makan tengahari di hotel dan bersurai sekitar jam 2.00 petang.

Makan Time....heheheh. Yummy. 

Gambar Sekitar Mesyuarat 

Puan Zakiah, Puan Salmah dan Puan Azizah

Puan Amilia, Cik Rekha dan Encik Tan

Puan Wan Faridah, Puan Fauziah, Puan Fadhilah

Encik Arzahar dan Encik Radzuan

Ustaz Zaki Yamani dan Ustaz Nik



INI LAH MANUAL PENGURUSAN SKSI


Modul ini telah menjadi contoh kepada beberapa sekolah. 

Hingga berjumpa lagi...2014.


2 comments:

  1. Tahniah...mesyuarat di hotel..suatu impian dan menaikkan semangat guru dalam memartabatkan profesion keguruan. Tahniah SKSI

    ReplyDelete
  2. Cikgu Mohd Mustakim Kamaruddin...rezeki Allah. Ini yg mampu sksi bersidang. Terima kasih atas komen. kalau ada input baik untuk kecemerlangan sekolah kita..saya alu2kan persahabatn dijalin dan bertukar2 idea. boleh rasanya ?

    ReplyDelete

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami