SEKOLAH KU

Saturday 1 December 2012

Pencapaian UPSR 2012

Assalamualaikum...

Pada 19 November 2012, keputusan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar telah diumumkan secara rasmi kepada semua ibubapa calon di Dewan Makan Asrama Sekolah tepat jam 10.00 pagi.

Pengumuman telah dibuat oleh Tuan Guru Besar bersama Penyelaras Tahun Enam. Debaran yang ditunggu-tunggu oleh calon-calon terjawab sepenuhnya pada hari tersebut.

Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2012 bagi sekolah SKSI.


Bil
Jumlah Calon
5A
4A 1B
19 orang
22 orang

Matapelajaran UPSR
% Lulus
Bil Calon
BM (Pemahaman)
95.2
147 org
BM (Penulisan)
94.6
147 org
Bahasa Inggeris
86.4
147 org
Matematik
93.2
147 org
Sains
95.9
147 org
Kepada semua guru Khasnya GURU-GURU Tahun Enam 2012...Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas pengorbanan dan tunjuk ajar kalian hingga keputusan berikut diperolehi. Tahniah kerana Peratus LULUS sekolah kian meningkat tahun demi tahun.  2012 : 85%. 

Kepada guru-guru lain yang juga membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung pihak sekolah ucapakn jutaan terima kasih.  Kerjasama SEMUA warga SKSI adalah terbaik. Tanpa kerjasama yang erat antara semua warga SKSI kita tidak akan mendapat pencapaian sebaik ini.

Kepada 19 murid 5A Tahniah sekali lagi...kepada yang tidak mendapat 5A tidak beerti anda gagal. Perjalanan dalam akademik masih jauh. Usaha lagi selagi anda termampu. 

Buat semua barisan guru-guru Tahun Enam 2013 yang akan diumumkan tidak lama lagi di dalam Mesyuarat Pengurusan dan Kurikulum 2013 moga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik. In Shaa Allah.  


Calon-Calon Yang Memperolehi 5A dalam UPSR 2012

Moga 2013..menjanjikan keputusan yang lebih baik. In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami