Assalamualaikum...
Pada 2 Januari 2013 (RABU) maka bermulalah cabaran baru untuk sekolah dalam memperkasakan sekolah dan murid-muridnya. Alhamdulilah...jumlah pelajar baru yang mendaftar kian bertambah tahun demi tahun walapun Bandar Seri Iskandar telah mempunyai satu lagi sekolah rendah yang berhampiran.
Guru Bertugas pada hari pertama dalam minggu pertama ini ialah Puan Wan Faridah dan Encik Hani Ngah Mat Ali. Agenda perhimpunan pagi tersebut adalah :
1. Kata-Kata Aluan Guru Bertugas
2. Bacaan Doa oleh Ustaz Zaki Yamani
3. Kata-Kata Aluan Guru Besar. Mengalukan kedatangan murid khususnya murid pra, murid Tahun Satu
dan murid lain yang baru mendaftar di SKSI.
4. Memperkenalkan Penolong Kanan Kokurikum baharu iaitu Encik Noor Rashid bin Untong dan Puan
Amilia bt Muhamed Amin, Guru Bahasa Inggeris baru.
5. Amanat tentang prosedur keselamatan dan disiplin sekolah juga disampaikan oleh guru besar.
6. 8.00 pagi majlis perhimpunan selesai dijalankan.
Bersamalah kita berdoa moga SKSI terus cemerlang dan terbilang. Amin.
Guru Besar berucap menyampaikan amanat 2013
Ustaz Zaki Yamani-bacaan doa.
Murid-Murid 2013. Dibelakang Ibu Bapa / Penjaga Tahun Satu
Aset Sekolah 2013
Amanah yang harus dijaga sebaik mungkin guru-guru SKSI
Guru bersama anak-anak didik
Barisan Guru 2013
Semoga perjalanan sekolah bagi Tahun 2013 mendapat keredhoaan Allah swt.
Ya Allah jadikan lah sekolah ini terus cemerlang dan terbilang.
Terbilang akademik dan kerohanian
Keputusan UPSR 2013 membanggakan dengan jumlah 5A seramai mungkin.
Amin.
No comments:
Post a Comment
Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.