SEKOLAH KU

Wednesday, 4 April 2012

XPDC Ke Sayong, Kuala Kangsar

Assalamualaikum
4 April 2012. Petang tadi selepas Kelas Tambahan Tahun Enam, Kami telah bersepekat mengadakan XPDC ke Sayong Kuala Kangsar, Perak. Kami bertolak dengan dua buah MPV sekitar jam 3.30 petang.

Cikgu Arzahar, Cikgu Mazni, Cikgu NorAzian & Cikgu Wan Faridah
XPDC kami terdiri daripada Cikgu Rosli Maun, Cikgu Arzahar Ismail, Cikgu Azian Ismail, Cikgu Mazni Omar dan Cikgu Wan Faridah Wan Ahmad. Objektif kami adalah mencari CENDERAHATI untuk sekolah yang akan kami lawati di Kelantan pada 15hb & 16hb April nanti.

Cikgu Rosli sedang meneliti kualiti Labu Sayong.
Alhamdulilah...perjalanan lancar dan selamat. Malah kami telah mengunjungi beberapa perusahaan membuat labu sekitar Sayong.  Memang menarik dan teruja dengan seni kraftangan yang dibuat oleh penduduk tempatan Sayong.
Model Sambilan...kut yang ni. Cikgu Azni bergaya di sisi Labu Sayong Kuala.
Sekitar 2 jam meronda kampung-kampung di Sayong meninjau pusat membuat Labu Sayong, akhirnya kami sebulat suara bersetuju membeli apa yang dihajati. Selesai semuanya...solat dan makan. Kami berangkat pulang ke Seri Iskandar. sampai di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar jam 8.10 minit malam.

Tauke Besar Labu Sayong - membungkus apa yang kami beli tadi.
Sekian, Terima Kasih. 




No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami