SEKOLAH KU

Monday 2 April 2012

Lawatan Penanda Aras

Assalamualaikum

Pihak Unit Kecemerlangan UPSR sekolah akan mengadakan lawatan kerja ke TIGA buah sekolah berprestasi tinggi di Kelantan pada 14 hingga 16 April 2012.

Sepanjang bulan Mac beberapa orang Jawatankuasa Kerja bertungkus lumus menjayakan matlamat ini. 

Peneraju utama ialah Puan Nurishah Mat Taib (PK Pentadbiran), Puan Wan Faridah Wan Ahmad, Encik Rosli bin Maun dan Encik Arzahar bin Ismail.

Kami juga sekilas maklumat mengucapkan terima kasih kepada 3 orang guru besar di Kelantan yang sudi menerima kehadiran kami nanti. 

Dan tadi kami menerima berita gembira...TERIMA KASIH kepada Y.B Dato' Mustapha Mohamad, Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah sudi menghulurkan tajaan. Terima kasih daun keladi. 

Terima kasih juga kepada Encik Rosli bin Maun..menaja penginapan semua guru di Kelantan nanti. 

Moga penaja2 mendapat rahmat Allah SWT dan dimurahkan rezeki.   Berita selanjutnya akan dilaporkan selepas berjayanya lawatan ini nanti. 

Doakan moga usaha murni warga SKSI ni mendapat keredhaan Allah dan selamat semuanya. 

Kepada guru-guru yang terlibat seramai 36 orang...sila rujuk maklumat lawatan di Bilik Guru.  Cikgu Arzahar bin Ismail telah menampal data tersebut. 


Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami