SEKOLAH KU

Tuesday 3 April 2012

KEM AULAD

Assalamualaikum

Pada 30 Mac 2012 baru-baru ini J-Qaf bersama Panitia Agama Islam dengan Kerjasama Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas serta Sekolah Agama Rakyat An-Najah telah mengadakan KEM AULAD dengan jayanya.


Masa ialah bermula 7.30 a.m hingga 5.30 p.m hari Jumaat. 

Pihak penganjur berharap dengan adanya kem ini maka dapat mempersiapkan emosi, rohani dan jasmani yang kuat dan mantap dengan pengaruh ruh islam.  Malah yakin bahawa sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek bahkan kena berusaha dan bertawakal kepada Allah. Yakin bahawa pertolongan Allah datang bila diri bertambah dekat dengan - Nya.

Golongan sasaran kem ini merupakan Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR 2012.  Harapan penganjur moga kumpulan ini GENIUS DUNIA GENIUS AKHIRAT.  Insyallah.


Penceramah Jemputan :

1.        Bagaimana Menjadi Muslim Cemerlang ...Hebat Dunia Hebat Akhirat.  Oleh : Tn.Hj. Abdul Jalil bin Abdullah ( Kaunselor UTP)

2.        Teknik Pengurusan Masa. Oleh : Ustaz Hakim Mohd Nor.

3.        Aktiviti Kumpulan bersama Rakan Masjid UTP ( Pelajar UTP)

Perasmian :  YB. Muhammmad Nizar bin Zakaria (Ahli Parlimen Parit)

Sekian, Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami