SEKOLAH KU

Friday 20 April 2012

Bacaan Yassin, Solat Hajat & Solat Dhuha

Assalamualaikum.

Berita ini adalah untuk makluman Ibubapa/Penjaga semua murid Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.  Khususnya calon-calon UPSR 2012 seramai 147 orang.


Program Bacaan Yassin, Solat Hajat & Solat Dhuha akan diadakan mulai 24hb April 2012.  Semua murid Tahun Enam WAJIB mengikuti program ini setiap pagi Selasa hingga Jumaat. 

(Sebelum ini..murid hanya membaca Yassin pagi jumaat sahaja)

Semua Tahun Enam perlu berada di Surau Asrama Sekolah pukul 7.25 pagi dan berakhir sekitar pukul 8.00 pagi.

Pastikan anak anda tidak ketinggalan, datang awal, berpakaian bersih, murid perempuan membawa telekung serta semua murid dikehendaki membawa buku Yassin sendiri.

Kelas perdana untuk Tahun Enam akan bermula pukul 8.00 pagi. Jadual  Tahun Enam akan dirombak. Anak-anak tuan/puan akan mendapat jadual baru. Insyallah.

Sekian dimaklumkan.




No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami