SEKOLAH KU

Thursday, 26 April 2012

Kem Sains Tahun Enam

Assalamualaikum.

Baru-baru ini bersempena persekolahan ganti Aidiladha 2012, Panitia Sains di bawah kelolaan Cikgu Arzahar bin Ismail telah mengadakan program di atas. Program ini hanya untuk Tahun Enam Melor & Seroja sahaja. 

Sabtu, 24.4.2012. Seramai 70 orang menyertai program ini.

Aktiviti program :

1.       Eksperimen :  Menyukat Panjang Bayang-bayang.
          ( 8.00 am hingga 12.00 p.m)
          * Murid akan merekod panjang bayang-bayang 
             setiap 1 jam. Berakhir jam 12.00 p.m.

2.       Aktiviti Berkumpulan :  Membina Rantai Makanan
          (9.00 am hingga 10.30 am)
          *  Kertas Mahjung. Marker Pen. Pensil Warna. 

3.       Bengkel Soalan UPSR : 
          Soalan UPSR negeri-negeri lain
          ( 11.00 p.m hingga 1.00 p.m)
          *  Mencari kata kunci soalan bahagian B.
          Guna kertas Mahjung. Bentang hasil perbincangan.

Fasilitator :  Encik Arzahar bin Ismail. 


Wajah-Wajah Sekitar Program





Hingga berjumpa lagi. 
Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, 24 April 2012

Ujian April 2012

Assalamualaikum

Ujian April 2012

Khas Untuk Tahun Enam Sahaja.

Tarikh
Waktu
Perkara
Masa
24.4.2012
8.00-8.50 a.m
BM Pemahaman
50 minit
9.00-10.15 a.m
BM Penulisan
1 Jam 15 Minit
SELASA
11.00-11.40 am
Matematik (K2)
40 Minit
25.4.2012
8.00-9.00 am
Matematik (K1)
1 jam



RABU
9.00-10.15 am
Sains
 1jam 15 Minit
26.4.2012



8.00-8.50 am
Bahasa Inggeris (1)
50 minit
KHAMIS
9.00-10.15 am
Bahasa Inggeris (2)
1 Jam 15 Minit


Sebelum Ujian ( 7.30 hingga 8.00 am) Semua murid berada di surau.
Bacaan Yassin & Solat Hajat Setiap hari ( Kecuali Isnin )

Sekian, Dimaklumkan.

Terima Kasih.

Monday, 23 April 2012

Gambar RETRO Pilihan SKSI

Assalamualaikum

Blog SKSI kali ini cuba mengimbau kembali gambar-gambar lama pelajar yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar suatu ketika dahulu.

Malah akan dipaparkan juga gambar-gambar guru RETRO SKSI yang pernah bertugas dalam mencurahkan ilmu buat anak-anak didik SKSI.

Sekian, Terima Kasih.

Gambar Pilihan Bilangan 2/2012



1.  Baju Kurung Biru :  
    Puan Khairiah, Bekas PK Pentadbiran.
    Kini di SKIP.
2.  Baju Merah (Perempuan)  :
    Puan Jamiah Ahmad. Kini di SKIP.
3.  Baju Hitam (Lelaki)     :
    Encik Azli. Bekas GB SKSI. Kini di SKTTG.
4.  Baju Putih (Lelaki)     :
    Encik Sabri. Bekas PK Koku. Kini di PPD 
    P.Tengah. 

Friday, 20 April 2012

Bacaan Yassin, Solat Hajat & Solat Dhuha

Assalamualaikum.

Berita ini adalah untuk makluman Ibubapa/Penjaga semua murid Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.  Khususnya calon-calon UPSR 2012 seramai 147 orang.


Program Bacaan Yassin, Solat Hajat & Solat Dhuha akan diadakan mulai 24hb April 2012.  Semua murid Tahun Enam WAJIB mengikuti program ini setiap pagi Selasa hingga Jumaat. 

(Sebelum ini..murid hanya membaca Yassin pagi jumaat sahaja)

Semua Tahun Enam perlu berada di Surau Asrama Sekolah pukul 7.25 pagi dan berakhir sekitar pukul 8.00 pagi.

Pastikan anak anda tidak ketinggalan, datang awal, berpakaian bersih, murid perempuan membawa telekung serta semua murid dikehendaki membawa buku Yassin sendiri.

Kelas perdana untuk Tahun Enam akan bermula pukul 8.00 pagi. Jadual  Tahun Enam akan dirombak. Anak-anak tuan/puan akan mendapat jadual baru. Insyallah.

Sekian dimaklumkan.




Sekolah Ganti

Assalamualaikum.

Esok 

21.4.2012
(Sabtu)

SK Seri Iskandar Menggunakan Jadual Hari 

KHAMIS. 



Persekolahan Ini Adalah Cuti Ganti Sempena 
Hari Raya Aidil Adha 2012. 

Sekian dimaklumkan.

Laporan Penuh Lawatan Penanda Aras 2012 ke Kelantan

Assalamualaikum

Alhamdulilah...pada 15hb April hingga 16hb April 2012, Sekolah SKSI berjaya menjalankan Program Penanda Aras. Program ini adalah di bawah kelolaan Encik Rosli bin Maun selaku Penyelaras Kecemerlangan UPSR.

Terlalu banyak faedah dan perkara-perkara baik yang kami timba dari lawatan-lawatan tersebut. Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1, Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Sekolah Kebangsaan Zainab (2) kerana sudi menerima kehadiran kami dengan begitu baik. 

Masjid kami solat subuh & mandi.

15.4.2012


SK TANAH MERAH 1

Kami telah selamat sampai dibumi Kelantan pukul 6.30 a.m setelah berada di dalam bas persiaran selama 7 jam 30 minit. Singgah di masjid untuk solat subuh serta mandi. Pukul 8.00 a.m bas bertolak menuju ke arah Tanah Merah dan singgah bersarapan pagi di sebuah restoran. Semua guru pekena nasi dagang dan kuih-muih orang Kelantan. Destinasi pertama kami ialah SK Tanah Merah 1.  Kami disambut dengan begitu baik sekali. Keramahan guru-guru sekolah dengan keikhlasan Guru Besar memberi taklimat yang begitu baik berkaitan sekolahnya telah dapat menghilangkan penat kami tadi.  Mesra dan begitu baik. Itu yang boleh kami katakan tentang GB dan Guru-Guru di SK Tanah Merah 1.  Kepada Puan GBnya kami amat terharu kerana banyak ilmu dicurahkan termasuk berkaitan kecemerlangan Bahasa Inggeris. Kami bertuah kerana dapat menimba banyak ilmu kerana beliau adalah Guru Cemerlang BI.

Sarapan yang disediakan oleh SK Tanah Merah 1 sedap. Nasi Dagang. :)

GB SK Tanah Merah 1
SK Tanah Merah 1
SK BUKIT PANAU

Selepas itu, sekolah kami bergerak menuju ke SK Bukit Panau.  Kami juga disambut dengan begitu baik. Kami disambut dengan guru-gurunya berpakaian batik warna merah. Terserlah kecemerlangan mereka seceria perwatakan.  Kami disambut oleh Tuan Guru Besar dan barisan penolong kanan serta guru-guru. Kami di bawa ke bilik mesyuarat. Di taklimat. Kami didedahkan perjalanan sekolah sehingga mereka berjaya mendapat label sekolah cemerlang. Kategori Luar Bandar.  Kami meneliti setiap langkah-langkah dan perjalanan sekolah mereka hingga menuju ke arah kecemerlangan. Slaid demi slaid mewarnai pengamatan kami sehingga kami menemui banyak faedah yang boleh kami bawa balik ke Perak untuk kami pula amalkan. Insyallah.

Rombongan SKSI disambut mesra
warga SK Bukit Panau
Di SK Bukit Panau, kami dijamukan dengan makan tengahari. Terima kasih. Makanan sedap dan menyelerakan.  Kami berangkat pulang dari SK Bukit Panau sekitar jam 1.00 pm.  Kami puas hati dengan layanan semua guru dan kakitangan SK Bukit Panau. Kami doakan moga SK Bukit Panau terus cemerlang dan gah di Kelantan.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan GB bersama semua kakitangan SK Bukit Panau yang sanggup menerima kedatangan kami.Terima Kasih daun keladi.


PASAR SITI KHODIJAH


Setelah misi kami ke dua buah sekolah selesai kini tiba waktu santai buat semua ahli rombongan. kami warga SKSI menuju ke Kota Bharu. Menuju ke Pelanggi Mall.  Semua guru melabuhkan diri berehat seketika setelah melawat dua sekolah tadi.  Tepat pukul 3.00 pm...misi lain pula. Misi yang tidak kurang dinanti-nantikan ahli rombongan. Lokasi di tuju ialah Pasar Siti Khodijah.  Hampir 4 jam meneroka isi perut Pasar Siti Khodijah pelbagai juadah dan barangan dibeli.  Teserlah kepuasan guru-guru ketika berada di bilik masing-masing. Setelah hajat yang dicari dapat ditemui dan dibeli untuk di bawa pulang ke Perak nanti.

WAKAF CHE YEH

Pukul 8.00 malam kami bergerak pula ke Wakaf Che Yeh. Objektif shopping.  Selain itu kami sempat meraikan Penolong Kanan Kokurikulum kami yang kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari tersebut. Kami telah sepakat melakukan kejutan dengan membawa beliau ke Restoran Makanan Barat. kami sempat membeli sebiji kek Secret Recipe. Beliau amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih.



16.04.2012

Seawal jam 8.00 pagi, semua guru bersedia meneruskan misi ke SK Zainab (2). Sebuah lagi sekolah Berprestasi Tinggi yang amat-amat boleh dibanggakan.  Apabila sampai sahaja ke destinasi semua guru terpukau dengan keceriaan sekolah dan ramah tamah guru-gurunya.  kami di sambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran bersama Penolong Kanak HEM.  GB tiada kerana mempunyai urusan rasmi.


Sungguh indah. itu yang boleh kami katakan. Kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat SBT. Terlalu kerdil rasanya jika hendak dibandingkan dengan sekolah kami. Serba serbi nampak menarik. Ada jalinan antarabangsa, sistem pentadbiran yang baik, mutu kerja yang harus dipuji. Malah apabila ditaklimatkan. Kami dapat rasakan luar biasanya mereka. Malah kami mengaku mereka memang layak menerima anugerah sekolah SBT antara terbaik di Malaysia.

Kami memperuntukan hampir 3 jam di sekolah ini. Semua kami cuba selami. Bertubu-tubi Penolong Kanan di soal oleh kami. Tapi jawapan memang meyakinkan. Terselah kehebatan pentadbiranya. Perjalanan sekolah dari mula hingga kini kami ikuti melalui slaid demi slaid. Memang teruja. 


Banyak yang SKSI timba daripada idea-idea SK Zainab (2). Malah kami puji sikap pentabirnya yang tidak kedekut dengan permintaan kami untuk kami ambil idea-idea baik dalam bentuk apa sekali pun. Malah tidak hairanlah barisan jurufoto SKSI berjaya merakam sebanyak 600 keping gambar hanya di sekitar SK Zainab (2). Terima kasih yang tidak terhingga.  Setelah makan kami berangkat pulang.  

Gambar Kenangan Kami bersama PK HEM SK Zainab (2)
Balik ke Pelanggi Mall menyaipkan diri sebelum berangkat pulang. Sekitar jam 3.00 petang. Kami bertolak pulang dan sempat pula singgah di rantau panjang sekitar 30 minit dan destinasi akhirnya Bukit Raya. 

Alhamdulilah....kami semua selamat sampai ke sekolah SKSI jam 1.30 pagi. Letih macam mana pun. Perjalanan kami yang diwarnai beribu pengalaman tak akan kami lupakan. kami seramai 29 orang adalah insan bertuah kerana diizinkan Allah SWT mengikuti lawatan ini. Memang terbaik. Insyallah.


Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, 18 April 2012

Permata Sukan SK Seri Iskandar

Assalamualaikum

Syabas & Tahniah.

Seorang Pemain Sepak Takraw dari 

Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar

Telah Berjaya Terpilih 

Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan.

Kejohanan Sepaktakraw MSSM peringkat Kebangsaan
 2012 pada 14 hingga 19 April 2012
 di Dewan MSN/MBMB Ayer Keroh, Melaka 

Muhammad Alif Danial. (Tahun Enam Kenanga)

Anda telah mengharumkan nama sekolah. Syabas !!!


Kemenjadian Sukan & Permainan SK Seri Iskandar 2012


Kemanjadian Sukan & Permainan 2012
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar
BIL
ACARA
PENCAPAIAN

ZON
DAERAH
NEGERI
KGSAAN

1
Bola Tampar
X




2
Tenis

X



3
Badminton

X



4
Ping Pong

X
X - P. Awal


5
Memanah


X


6
Olahraga dan Balapan
X




7
Olahraga dan Balapan

X



8
Sepak Takraw
X- N.Johan
X- Johan
X-P.Awal
X- 1 pemain

9
Boling Tenpin

X



10
Bola Sepak
X-N.Johan
X- Johan



11
Bola Baling
X-L(4)P(PA)
X- Johan



12
Catur

X- No 4
X


13
Merentas Desa

X




1.        Tenis                Wan Muhammad Hanif (Naib Johan)

2.        Badminton        Muhammad Alif Danial (No 3)

3.        Ping Pong         Wan Muhammad Hanif (No 2) &
                                   Muhd Syakiran Naim (No3)
                                   (Peringkat Daerah)
                                    Pusingan Awal
                                    (Peringkat Negeri)

4.        Memanah         Syed Musharaff Syed Roslan (Rangking 13)
                                   Muhammad Faiz Hazman Madzar ( Rangking 21)
                                   Muhammad Atthir Afifi Sazali (Rangking 26)
                                   (Peringkat Negeri)

5.        Olahraga          Mohd Amri Zakaria (Lompat Jauh) Emas
                                   Mohd Amri Fikri Zakaria (80 M) Emas
                                   Siti Khadijah Mokhtar (Lompat Jauh) Emas
                                   Siti Khadijah Mokhtar (80 M) Emas
                                   (Peringkat Zon PKG Bota)

6.        Olahraga           Siti Khadijah Mokhtar (80M) Emas
                                    Mohd Amri Fikri Zakaria (Lompat Jauh) Perak
                                    4 X 100M ( L12)  Perak             
                                    Athirah Najihah Zulkifli (Lontar Peluru)
                                    -P11 Gangsa
                                    Sukur bin Ahmad (200M)-L11 Gangsa
                                    (Peringkat Daerah)

7.       Sepak Takraw    Naib Johan Regu ( Zon PKG Bota)
                                     Wan Muhammad Hanif
                                     Muhammad Alif Danial
                                     Muhammad Adib
                                     Muhamad Sukur

                                     Johan Regu ( Peringkat Daerah)
                                     Wan Muhammad Hanif
                                      Muhammad Hafyzul Helmi
                                      Muhammad Alif  Danial
                                      Muhammad Nur Iman

                                     Naib Johan Regu (Peringkat Daerah)
                                     Muhammad Adib
                                     Muhammad Ibnu Sina
                                     Muhammad Amir Nur Hakim
                                     Muhammad Zulfadzil

                                    (Wakil Perak ke Peringkat Kebangsaan)
                                    * Muhammad Alif Danial

  
Tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus menjayakan misi dan visi kokurikulum hingga berjaya. 
Syabas kepada semua pelajar yang mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan.

Warna Warni Kehidupan Kami