SEKOLAH KU

Saturday 13 April 2013

MOTIVASI AKADEMIK TAHUN ENAM 2013 BERSAMA KAUNSELOR MRSM PARIT (APRIL 2013)

Assalamualaikum....

Pada 08hb April 2013 bersamaa Isnin sekitar jam 3.00 hingga 4.30 petang telah diadakan Program Motivasi  untuk semua calon UPSR sekolah ini seramai 152 orang.

Cikgu Hakimi sedang menyoal salah seorang peserta.

Pihak sekolah telah menjemput seorang kaunselor MRSM Parit iaitu Encik Muhammad Hakimi bin Fauzi. Kaunselor MRSM Parit. Program ini berlangsung sekitar 1 jam 30 minit.


Rata-rata apabila diajukan soalan. Amat tertarik dengan apa yang disampaikan. Malah banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama di antara beliau bersama calon-calon sekolah ini.


Doa dan harapan agar pada masa-masa akan datang, kerjasama ini akan dapat diteruskan agar kecemerlangan yang diimpikan menjadi kenyataan. 


Sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan menerima jemputan kami dalam menjayakan program motivasi akademik 2013 buat semua 152 calon UPSR SKSI.

Terima kasih...daun keladi. 

Doakan agar bilangan memperolehi 5A adalah paling tinggi rekodnya tahun 2013 berbanding tahun-tahun sebelum ini. Amin.


PENYELARAS PROGRAM  :  ENCIK ARZAHAR ISMAIL

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami