SEKOLAH KU

Tuesday, 16 April 2013

Majlis Pertukaran Penolong Kanan Pentadbiran

Assalamualaikum...

Bertarikh 12.04.2013 sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan Puan Nurishah bt Mat Taib di Surau Asrama Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Last Thumb print for our  PK 1

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin diketuai oleh Tuan Haji Mohd Noor bin Harun merangkap Guru Besar dan Bacaan Doa disempurnakan oleh Ustaz Salim.  

Puan Nurishah sedang menyampaikan ucapan
Bermacam perasaan bercampur..malah hingga menitiskan air mata.
Bak  kata Cikgu-Cikgu Perempuan...KAMI SAYANG KAKAK KAMI NI. 

Kami warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan TAHNIAH !!! kerana dinaikan pangkat sebagai  GURU BESAR SK BATU HAMPAR.Jalan Taiping-Bruas.

Calon UPSR bersama...khusyuk mendengar amanat PK di hari2 akhirnya sebagai PK SKSI
Alhamdulilah...Terima Kasih doa puan...moga SKSI berjaya dengan amat cemerlang dalam UPSR 2013.
Kami hargai doa puan. Terima Kasih.

Agak sayu sewaktu beliau menyampaikan ucapan perpisahan. Ternyata beliau masih sayangkan SKSI.  Kami semua warga kerja SKSI mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang terjalin antara kita selama ini. Salah dan silap mohon dimaafkan.  

Sedihnya...gambar saya tak ada. Ini lah risiko jadi blogger merangkap jurugambar.
hehehehhe..

Doa kami moga menjadi guru besar yang cemerlang dan bertugas lagi cemerlang. Kecemerlangan beliau di SKSI memang tidak perlu dipertikaikan. Terbaik. Hingga berjumpa lagi. Insyallah. Amin. 

Sebahagian guru perempuan yang hadir...

Hadiah ...
Hadiah Daripada KGKT
Disampaikan oleh Guru Besar

Teacher Azian (Hadiah : Jam Tangan)..memeluk erat. Tanda tidak ada jurang
antara kami selama ini. 

Ustazah mewakili rakan-rakan.

CC sekolah..wakil pejabat

Cikgu Hani..wakil kawan2. Ada yang tidak dapat hadir
kerana sedang mengajar.

Cikgu Rosli menghadiahkan Beg Tangan.

Wakil Guru Pelatih...turut memberi hadiah buat
PK kami. 

Majlis diakhiri dengan jamuan. 
Hingga berjumpa lagi. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami