SEKOLAH KU

Saturday 13 April 2013

CALON UPSR KAMI TERBARU...ABD AZIZ DRP NIGERIA

Assalamualaikum....

Kami sering menerima pelajar-pelajar luar negara khususnya yang menetap di bandar Seri Iskandar. Ini kesan kewujudan Universiti Teknologi Petronas yang jaraknya dengan sekolah adalah sekitar 5 KM. (Pintu 3)

Mereka kebiasannya adalah anak-anak pelajar yang mana ibubapa merupakan pelajar master dan Phd di universiti tersebut. Kalau sekitar 2008 hingga 2012 calon antarabangsa UPSR kami adalah warga Indonesia tetapi 2013 calon kami pula daripada Nigeria. Abd Aziz bin Sulaiman.

Pelajar ini adalah merupakan salah seorang anak tenaga pengajar di universiti tersebut. Walapun, pada peringkat awal ini (baru seminggu) pelajar ini tidak boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu tetapi tidak lah menjadi masalah. Hingga kini guru BI,Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu P&P.

Alhamdulilah...Abd Aziz dilihat mampu bersaing dengan pelajar tempatan. kami berharap pelajar ini boleh menyumbang 5A seperti mana calon-calon UPSR dari Indonesia yang bersekolah di sini beberapa tahun yang lalu. Kesemua calon daripada Indonesia telah membanggakan SKSI kerana kesemunya mendapat 5A di dalam UPSR. Malah sehingga kini hubungan guru-guru dan bekas anak murid daripada Indonesia masih berterusan. Malah sering membawa buah tangan buat kami warga SKSI daripada negara asal mereka. 

Jika diizinkan Allah swt, UPSR 2014 pula..kami akan mempunyai calon antarabangsa iaitu Anullah. Pelajar ini fasih berbahasa Melayu kerana bersekolah di SKSI sejak Tahun 2. Pelajar ini berasal daripada Pakistan. Dimana ayahnya merupakan pelajar Phd di Universiti Teknologi Petronas. Kini pelajar ini sedang berada di kelas 5M. Kelas terbaik daripada 4 kelas yang ada di Tahun 5.  Terima kasih kepada semua ibubapa ini yang memberi kepercayaan kepada SKSI untuk mendidik anak-anak mereka. 

SKSI tetap pilihan UTAMA mereka berbanding sekolah rendah lain yang ada disekitar Universiti Teknologi Petronas.  

(ABD AZIZ - 12 TAHUN)
Calon UPSR 
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar 2013

*Sudah mampu bertutur sedikit dalam Bahasa Melayu.  Alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami