SEKOLAH KU

Tuesday 6 November 2012

Persiapan Hari Anugerah Cemerlang 2012

Assalamualaikum...

Petang tadi.... sempat meninjau kawan-kawan yang begitu komited terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan.   Syabas kepada kumpulan ini. Bertungkus lumus menyiapkan persiapan pentas dan  dewan sempena Majlis Anugerah Cemerlang SKSI yang akan berlangsung esok petang.

Kepada Cikgu-Cikgu ni....Pihak sekolah Tabik Springggg...atas komitmen yang ditunjukkan. 

Jam 6.00 petang semua bersurai setelah kerja selesai dilakukan. Esok semua cikgu-cikgu SKSI akan berbaju kurung baru begitu juga dengan cikgu-cikgu lelaki dengan kemeja barunya. Pasti nampak ceria majlis ini esok dengan semua cikgu SKSI bergaya dengan pakaian yang sedondon sewarna esok petang.

Bak kata lain....Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Terima kasih kepada :   

Puan Azni ( SU sambutan ) , Puan Wan Faridah, Puan Norazian , Puan Intan, Puan Zakiah, Puan Mazni, Puan Hasnita, Encik Rosli, Encik Nik Zubairi, Encik Hafeez, Encik Arzahar dan Encik Salim. 

Kerana sudi meluangkan masa petang tadi. Terima Kasih. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa-jasa kalian.


Cikgu Mazni siap duduk dengan manik kesayangannya
Cikgu Azian dan Cikgu Intan....pakar dekorasi petang tadi. Tengah sedap menilik mana yg tegak mana yang sengeet..heheheh

Wow...sentuhan Cikgu Rosli. Tak disangka-sangka. 
Menarik Tertarik Memang Deboom

Caya la Cikgu Hafeez...siapaaaaaa cakap cikgu pompuan aja leh deco benda-benda macam ni.
See...cikgu lelaki juga kreatif. :)

Cikgu Azian dan Cikgu Mazni...sedang menghias indah backdrop.

Maka ini la....hasil akhirnya untuk esok.
Apa pun esok akan dipaparkan gambar-gambar rasmi sepanjang majlis dijalankan. Insyallah.

Moga majlis esok petang berjalan dengan lancar.

Terima Kasih.

1 comment:

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami