SEKOLAH KU

Monday 5 November 2012

PROGRAM ZOOMERS DR MUDA 23/10/2012

Assalamualaikum...

Alhamdulilah....pada 23/10/2012 secara rasminya telah dilancarkan Program Zoomers Dr Muda Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.  

Sekolah SKSI telah didatangi wakil-wakil DR Muda seluruh negeri Perak. Beberapa Dr Muda bersama guru pengiring masing-masing. Malah SKSI juga didatangi oleh ramai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Beberapa khemah pameran disediakan untuk para pengujung. Khususnya khemah pameran Kementerian Kesihatan Malaysia dan Khemah Pemeriksaan Kesihatan untuk orang ramai.

Majlis telah berjalan dengan lancar. Majlis tamat pukul 12.00 tengahari.  Terima kasih kepada semua pihakyang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Pihak Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar telah mendapat pujian daripada Jabatan  Pendidikan Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah kerana berjaya menjadi tuan rumah dengan amat jayanya. 

Hingga berjumpa lagi. Terima Kasih.

Pendaftaran Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia

Pendaftaran Guru Pengiring Dr Muda Seluruh Negeri Perak

Sebahagian DR Muda Negeri Perak Yang Hadir

Dr Muda Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar
menjual pokok untuk tabung Dr Muda sekolah SKSI

Pameran Kesihatan KKM

Jum buat pemeriksaan kesihatan

Ada darah tinggi ke tu....???? Tengok muka cool aja. :)

Menuju ke Dewan Asrama SKSI untuk majlis perasmian.

Backdrop Perasmian di dewan makan asrama SKSI

VIP Menuju ke Dewan Asrama SKSI untuk upacara perasmian

VIP 

Sekian, Terima Kasih.

Laporan dan Jurufoto :  Encik Arzahar bin Ismail

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami