SEKOLAH KU

Sunday 4 November 2012

LAWATAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Assalamualaikum...

Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar pada 2/11/2012 telah mengadakan Lawatan Santai  ke Kuala Lumpur dan Selangor. Lawatan selama 2 hari 1 malam ini telah diikuti oleh 50 orang pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan dengan diiringi 8 guru.  ( Jumaat : SKSI Cuti Sukan)

Alhamdulilah..perjalanan semuanya selamat dengan keizinan dan lindungan Allah swt. Malah aktiviti yang dirancang sepanjang di KL dan Selangor menepati apa yang dirancang.  

Semua ahli lawatan bermalam di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur.  Antara lokasi yang dilawati ialah Pameran Istana Negara, I-City Shah Alam, Taman Tema Berjaya Times Square (Indoor), Masjid Negara dan sekitar Kuala Lumpur.

Guru Yang Mengelolakan Lawatan. Ketua : Puan Mazni Omar.
Lokasi : Pameran Istana Negara

Pelajar Berkesempatan Mandi Manda Di Kolam Renang
Lokasi : Tingkat 11 Hotel Grand Continental Kuala Lumpur

Aktiviti Yang paling Digemari Pelajar-Pelajar Lelaki Sewaktu Menginap Di Hotel

Ketika Memasuki Perkarangan Istana Negara
Lokasi : Pameran Istana Negara, Kuala Lumpur

Berhibur di Taman Tema (Indoor) 
Lokasi : Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pelajar SKSI sedang berhibur
Lokasi : Taman Tema Indoor Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Sejuk Tapi Menyeronokkan.
Lokasi : Snowalk I-City, Shah Alam.

Guru-Guru Perempuan 
Lokasi : I-City, Shah Alam.

Secara keseluruhannya, Lawatan ini berjaya. Semua murid terhibur. 

Laporan & Jurugambar  : Cikgu Arzahar Ismail.

1 comment:

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami