SEKOLAH KU

Thursday 14 March 2013

MOTIVASI KEROHANIAN TAHUN ENAM (MAC 2013)

Assalamualaikum...

Alhamdulilah....satu lagi program Tahun Enam telah selesai diadakan. Program ini dibawah seliaan Encik Arzahar bin Ismail selaku Penyelaras Tahun Enam 2013.

Brosour disediakan oleh Encik Arzahar Ismail

Pihak sekolah berbesar hati menjemput Ustaz Ismail bin Shaari seorang Guru Agama Cemerlang Negeri Perak yang juga Jurulatih Utama Dakwah Negeri Perak. Terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir. Malah terima kasih sekali lagi kerana sudi mejadi imam Solat Asar bersama peserta motivasi. 

Peserta @ Calon UPSR 2013 SKSI sedang tekun mendengar butiran yang disampaikan oleh Ustaz Ismail

Pihak urusetia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua calon UPSR SKSI seramai 151 orang kerana setia dan amat berminat mendengar apa yang disampaikan oleh Ustaz Ismail. 

Aktiviti amat diminati murid SKSI. 

Terima kasih juga kepada Tuan Guru Besar, Hj.Muhd Noor Harun, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nurishah bt Mat Taib, Puan Mazni bt Omar, Puan Rohani bt Sidek, Puan Anisah Azian bt Muhd Yusob, Puan Amelia bt Mohamed Amin dan Puan Rogayah bt Mat Jani kerana sudi meluangkan masa bersama peserta program ini.

Berminat mendengar apa yang diperkatakan oleh Ustaz Ismail

Sebahagian Murid Lelaki Yang hadir

Rahsia Sekeping Kertas...hehehhehe.

Murid Teruja Dengan Aktiviti Ini..menyeronokkan.

Syed mencuba simbolik ..di mana ada kemahuan disitu ada kejayaan
Akhirnya dengan usaha yang fokus dan bersunguh-sungguh...RM5.00 menjadi miliknya. 

Ustaz bersama seorang murid.

Penyampaian Saguhati Sekolah buat Ustaz Ismail bin Shaari.
Disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Hj. Mohd Noor bin Harun.

Insyallah pada 8 April 2013 akan diadakan MOTIVASI AKADEMIK pula bersama MRSM Parit. Isnin jam 3.00 hingga 4.30 petang. Bertempat di SKSI Bilik Tutorial.

Saya selaku Penyelaras Tahun Enam 2013
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Hingga berjumpa lagi....Program Motivasi (Akademik) bersama MRSM pula. 

Terima Kasih..jumpa lagi.

PENYELARAS  PROGRAM  : ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami