SEKOLAH KU

Thursday 7 March 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT MINGGUAN (JAN-NOV 2013)

Assalamualaikum...

Alhamdulilah...sudah 6 kali kami menjayakan majlis ini bermula penghujung bulan Januari 2013 hingga kini 7hb Mac 2013.  Jika esok diizinkan Allah swt, maka 7 kali kami sudah menjayakannya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang sudi hadir mengimarahkan surau setiap pagi jumaat bermula 7.30 hingga 8.30 pagi.

Sehingga kini khalifah-khalifah yang setia dan komitmen berjaya membawa majlis ini dengan baiknya. Terima kasih kepada khalifah-khalifah.  Iaitu :

1.Tuan Guru Besar : Tn Hj. Muhd Noor bin Harun
2.Ustaz Salim Husairi
3.Ustaz Nik Zubairi Nik Zabidi
4.Ustaz Zaki Yamani Ismail

Juga tidak lupa kepada penolong-penolong kanan, guru-guru, warden asrama, kakitangan asrama dan semua kakitangan pejabat yang turut serta.


Kepada calon-calon UPSR 2013 teruskan hadir dan bersemangat bersama menjayakan majlis ini. Majlis ini adalah majlis anda.




Gambar sekitar Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat.















Sebahagian murid lelaki dan perempuan sedang membaca Yassin.






Semoga majlis ini diberkati Allah dan dengan keberkatan majlis ini...moga ramai calon mendapat 5A dalam UPSR 2013. Amin.


PENYELARAS  : ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL (Penyelaras Program Tahun Enam 2013)



No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami