SEKOLAH KU

Sunday 30 September 2012

Program Selepas UPSR-MANISNYA MENJADI REMAJA

Assalamualaikum...

Bertarikh 28.09.2012 bersamaan Jumaat, Sekolah SKSI telah menganjurkan program MANISNYA MENJADI REMAJA. Anjuran Bimbingan dan Kaunseling.

Doktor sedang memberi pendedahan berkaitan perubahan diri ke alam remaja.

Pengisian program dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seorang Jururawat dan seorang doktor telah mengalas amanah ini. Syabas dan tahniah...program berjalan dengan lancar.

muka ceria mendengar topik yang dibincangkan.

Rata-rata amat berpuashati dan gembira dengan pendedahan berkaitan permulaan alam remaja mereka. Ramai yang mendapat maklumat baru tentang permulaan peralihan ke dunia remaja.

Jururawat sedang mengedar soal selidik berkaitan topik REMAJA

Program ini berlangsung di Dewan Taklimat dan berlangsung selama 2 jam.

Doktor mengajar tentang TOPIK Penjagaan Kesihatan Diri

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami