SEKOLAH KU

Monday 10 September 2012

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2012

Assalamualaikum

Seri IskandarUnit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu sebentar tadi. Bertempat di Dataran Kejat sekolah. Seramai 147 calon UPSR sekolah ini bersalaman dan memohon restu semua guru serta memohon agar dihalalkan ilmu yang guru curahkan kepada mereka sejak Tahun 1 hingga Tahun 6 sepanjang calon ini bersekolah di sini.

Wakil guru matapelajaran telah memberi sedikit ucapan semangat dan motivasi dimulai dengan wakil Bahasa Melayu, Encik Hani Ngah Mat Ali, Wakil Bahasa Inggeris, Puan Azni Abd Rashid, Wakil Matematik, Encik Radzuan Abd Hamid, Wakil Sains, Encik Arzahar Ismail serta Penyelaras Tahun Enam iaitu Encik Rosli Maun.  Kemudian Tuan Guru Besar iaitu Hj Mohd Noor bin Harun pula memberi kata-kata peransang yang cukup bermakna buat semua calon.

Diakhir majlis ini semua calon bersalaman dengan guru-guru SKSI khususnya Guru Tahun Enam.  Majlis 10.09.2012 ini berakhir sekitar jam 8.30 pagi.

Pada waktu ini semua calon berada di Bilik Tutorial bersama Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdullah seorang kaunselor Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk sedikit peransang dan semangat untuk menghadapi peperiksaan esok sehingga 13.09.2012.  Majlis dijangka habis sekitar pukul 11.30 pagi.

Kepada semua pembaca blog SKSI kami bermohon kita semua berdoa kepada Allah swt semoga calon-calon ini berjaya menduduki peperiksaan dengan jayanya dan memperolehi 5A serta sihat tubuh badan.

Sekian, Terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami