SEKOLAH KU

Thursday 3 July 2014

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH 2014 ( Mewakili Daerah ke Peringkat Negeri)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog yang budiman...

Alhamdulillah sekolah telah menempa satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan.  

Pada 28 Jun 2014 hari Sabtu bertempat di Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar berjaya mengondol Johan bagi 2 kategori yang disertai. 

1.     Pertandingan Saintis Muda ( Amali Sains Dalam Bahasa Inggeris ) - JOHAN
        Sekolah yang menyertai 15 buah sekolah seluruh Daerah Perak Tengah.

Fatimah Nabihah sedang menerima hadiah JOHAN
Penyampai Hadiah : Tuan Haji Saidin bin Osman
(Pegawai SIP+)
PPD Perak Tengah.
Mereka akan mewakili Perak Tengah ke Peringkat Negeri. Syabas !!

Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Ryss Haiqal rakan sepasukan Fatimah Nabihah.  Syabas dan Tahniah kerana anda ( Ryss Haiqal) masih bersemangat meneruskan pertandingan walapun ketika itu ibubapanya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menziarah pakciknya yang meninggal dunia.  Selepas sahaja pertandingan selesai Ryss Haiqal terus bergegas ke Kuala Lumpur tanpa sempat meraikan kejayaan bersama.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih ke atas ibubapa beliau atas pengorbanan ini dan salam takziah.

TERIMA KASIH KEPADA GURU PEMBIMBING AMALI SAINS  :

ENCIK ARZAHAR BIN ISMAIL
PUAN ROHANI BINTI HJ. SIDEK


2.    Pertandingan Bercerita Tahap 1 Tema Sains ( Dalam Bahasa Inggeris ) - JOHAN
       Sekolah yang menyertai 17 buah sekolah seluruh Daerah Perak Tengah.


Tahniah dan Syabas....kepetahan dan aksi yang mantap melayakakan Adek Nasuha 3M meraih JOHAN.
Comel dan berani itu kata guru-guru lain.  Walapun baru berusia 09 tahun tapi aksi beraninya amat dibanggakan.
Adik Nasuha akan mewakili Daerah Perak Tengah ke Peringkat Negeri.
Pertandingan akan di adakan di Daerah Batang Padang Ogos 2014.

Pihak sekolah juga mengupkan jutaan terima kasih atas komitmen ayah adik Nasuha yang sama-sama
dengan guru-guru memberi sokongan moral.  Beliau bersama guru hingga ke akhir pertandingan.


TERIMA KASIH KEPADA GURU PEMBIMBING BERCERITA   :

PUAN NORLIA BINTI ZAMBRI ( KETUA)
PUAN HIDAYAH PEONG BINTI ABDULLAH-Guru Sains ( BAHAGIAN PAKAIAN)
PUAN PAIRUS BINTI JAMALUDDIN-Guru Sains ( BAHAGIAN JATI DIRI DALAMAN)
ENCIK ZULKIFLI BIN WAN ZAINAN-Guru Muzik ( BAHAGIAN GERAK TUBUH)
ENCIK IRWAN SYAH-Guru Bahasa Inggeris ( BAHAGIAN SEBUTAN)

INSYALLAH....DOAKAN KEJAYAAN KAMI DI PERINGKAT NEGERI. AKAN BERTANDING DI DAERAH BATANG PADANG OGOS 2014. 

*PERINGKAT KEBANGSAAN DI KOTA BHARU KELANTAN. (Jika Menang di Peringkat Negeri)

Sejarah Sepintas Lalu  :

2011     - Peringkat Daerah      ( Amali Sains )  - Penyertaan 
                                                ( Bercerita )      - Johan

                Peringkat Negeri        (Bercerita)      - Penyertaan

2012    -   Sekolah tidak menghantar sebarang penyertaan.

2013    -   Peringkat Daerah   ( Amali Sains )  - Naib Johan 
                                              (Bercerita )       - Tempat ke 3

2014    -   Peringkat Daerah    ( Amali Sains )   - Johan
                                               (Bercerita )        - Johan


Laporan disediakan oleh :    Encik Arzahar bin Ismail 

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami