SEKOLAH KU

Saturday 3 August 2013

Sumbangan Aidilfitri 1434H Peringkat Sekolah.(Anak Yatim, Miskin, Pendidikan Khas )

Assalamualaikum...

Alhamdulilah...bertarikh 2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434H telah berlangsung Program Sumbangan Aidilfitri kepada pihak yang memerlukan.
Penyelaras Utama
Program Sumbangan Aidilfitri 1434H
(Ustazah Kasmaini)
Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari seluruh warga sekolah. Bentuk sumbangan berupa beras 5kg, Gula 1kg, Tepung 1kg, wang dan majalah.  Semua ini merupakan sumbangan peribadi guru-guru dan kakitangan sekolah. 

Cikgu Radzuan sedang memasukkan beras 5kg, gula 1kg, majalah dan wang raya
ke dalam beg plastik sebelum diedarkan kepada pihak yang layak menerima
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Korikulum sekolah. Bertempat di Surau Asrama. Sekitar jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

sumbangan sedia di berikan kepada yang layak...
Murid yang layak menerima sumbangan 1434H
PK Koku Pn Norazalinawati menyampaikan sumbangan

murid yang layak sedang menerima sumbangan Aidilfitri 1434H

Pihak sekolah juga berbesar hati memberi sumbangan kepada 8 orang
pekerja swasta sekolah. 

Pk HEM menyampaikan sumbangan kepada pekerja swasta.


Semoga Allah murahkan rezeki penderma-penderma sehingga berjayanya 
program ini dilaksanakan. AMIN.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami