SEKOLAH KU

Friday 5 October 2012

PROJEK MENCERIAKAN BILIK SAINS

Assalamualaikum...

Cikgu Arzahar Ismail bersama beberapa murid perempuan Tahun Enam yang berbakat melukis sedang menceriakan bilik sains.

Mural

Bilik sains di sekolah ini terdapat dua. Kedua-duanya digunakan pakai. Berdasarkan sejarah bilik sains ini, ia hampir tiga tahun tidak digunakan. Terbiar tanpa ada guru yang menjaga bilik ini.  Maka pada tahun 2010, Cikgu Arzahar Ismail telah mengambil alih bilik tersebut.


Proses menghidupkan semula bilik ini berjalan secara berperingkat. Dan terbaru Cikgu Arzahar Ismail bersama murid perempuan Tahun Enam berusaha untuk menceriakannya sebaik mungkin.


Maka kumpulan ini telah memulakan misi menceriakan bilik ini bermula 2 minggu yang lalu. Alhamdulilah..mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.  Terima kasih kepada semua yang terlibat. 

Dijangka keceriaan luaran bilik sains ini akan sempurna disiapkan minggu hadapan. Tarikh ditetapkan 12.10.2012.   Selepas siap di luar, bilik ini akan diceriakan pula dibahagian dalam. Proses mengecat syiling menjadi fokus utama untuk dijadikan Galaksi Bima Sakti. 

Doakan moga impian cikgu sains bersama pembantu-pembantunya ini suksess dan berjaya. Insyallah. Ameen.

4 comments:

  1. Tahniah. Ceria dan menghidupkan suasana ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhwah..saya cikgu azmidar dari KL ingin merakamkan ucapan terima kasih kpd cikgu krn sudi berkongsi bahan ttg sains...semoga budi baik ckgu dibalas Allah hendaknya...dan ingin skali kiranya ckgu blh berkngsi tips untuk murid galus sains..speselnye thn 6..terima kasih cikgu..wssalam..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. salam ukhwah. Tahniah cikgu dan terima kasih kerana sudi berkongsi bahan tentang sains. semoga sekolah cikgu khasnya bilik sains SK Seri Iskandar terus maju.

    ReplyDelete

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami