SEKOLAH KU

Tuesday 19 June 2012

KODOMO LION Bersama WARGA SKSI

Assalamualikum....


Sekitar jam 8.00a.m hingga 10.00 a.m.  Ratusan anak didik SKSI amat-amat teruja dengan kehadiran MASKOT SINGA KODOMO LION bersama 2 wakil SOUTHERN LION serta 2 jururawat ke sekolah ini pada pagi tadi.


Dimulakan dengan slot bercerita. 2 wakil syarikat tersebut begitu berjaya memikat hati dan minda para anak didik SKSI. Penceritaan menarik menjadikan slot ini diminati. Sewaktu sesi soal jawab murid pra sekolah mampu menjawab soalan lisan yang diberikan dengan tepat.
Kemuncak penantian berakhir apabila munculnya maskot SINGA KODOMO LION. Riak muka murid SKSI tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bersorak, melambai tangan malah berlumba-lumba cuba memegang Singa tersebut. Sasana waktu ini cukup menghiburkan.

Penutup program. Semua murid mendapat berus gigi dan ubat gigi PERCUMA.  Terima Kasih kepada KODOMO LION dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Unit Pergigian).

Terima Kasih.

Jumpa Lagi.... :)

2 comments:

  1. sedih, x dpt peluk lion tu! ahahahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha....ai ada hati juga ek. hahahha...kesian kat LION...dah berpeluh2 dia tadi. apa pun program ni menarik minat warga sksi tadi...syabas kat gang2 DR muda...Klinik pergigian...dan syarikat tu. :)

    ReplyDelete

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami