SEKOLAH KU

Sunday 27 May 2012

SIFAR SAMPAH


Assalamualaikum…

Baru-baru ini 14 Mei 2012, sekolah di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling telah melancarkan PROGRAM SIFAR SAMPAH.

Perasmian oleh GB
Program ini bertujuan untuk mengurangkan masalah sampah yang ada di persekitaran sekolah. Berikutan itu, sekolah mulai 14 Mei tidak lagi menyediakan tong-tong sampah seperti kelaziman. Murid dikehendaki membuang sampah peribadi menggunakan beg plastic masing-masing yang di bawa dari rumah. 

Kantin juga tidak lagi menjual makanan menggunakan beg @ bekas plastik. Minuman dalam beg @ bekas plastik tidak dibenarkan dijual kepada pelajar-pelajar. Hanya guna cawan plastik sahaja. Minum hanya di kawasan kantin sahaja.

Sekumpulan pelajar mengadakan persembahan
sempena pelancaran prorgam
Alhamdulilah. Sehingga kini. Pemerhatian menunjukkan kesan positif. Masalah pembuangan sampah dimerata kawasan sekolah berjaya diatasi. Persekitaran kembali ceria dan bebas sampah.

Syabas kepada semua pelajar SKSI yang berjaya dan mampun mencapai objektif program. Kepada ibubapa yang memahami hala tuju program ini juga diucapkan jutaan terima kasih.
Bersama kita menjayakan SIFAR SAMPAH SKSI. Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami