SEKOLAH KU

Saturday, 25 February 2012

Pembimbing Rakan Belajar (PRB)

Assalamualaikum.

Program ini adalah di bawah kelolaan Guru Cemerlang, Bimbingan & Kaunseling iaitu Puan Wan Faridah bt. Wan Ahmad.


Pada hari ini telah diadakan pelancaran seperti ketentuan berikut :

Tarikh                    :       25 Februari 2012
Hari                       :       Sabtu
Masa                     :       11.00 a.m hingga 1.00 p.m
Tempat                  :       Dewan Taklimat
Jumlah Ahli PRB    :       41 orang (6 Melor)   &     9 orang (6 Seroja)



RASIONAL PROGRAM 
  1. Membina masyarakat penyayang dan saling membantu
  2. Keyakinan diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepercayaan kepada Allah
  3. Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi pelajar yang peka, bertimbangrasa, rela membantu, berinovatif dan kreatif
  4. Dapat mengurangkan masalah salah laku di kalangan pelajar
  5. Pendekatan psikologi dan interpersonal ke arah meningkatkan pencapaian UPSR SKSI




OBJEKTIF
  • Membina satu kumpulan PRB yang terlatih untuk menyelesaikan masalah pembelajaran, kesahsiahan dan sebagainya
  • Membantu meningkatkan keputusan UPSR
  • Membantu pelajar meningkatkan semangat belajar secara berkumpulan
PERANAN KETUA PRB

SEBAGAI RAKAN YANG BERKESAN SERTA PENGHUBUNG ANTARA GURU PEMBIMBING DAN RAKAN-RAKAN.


No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami