Assalamualaikum
Pihak sekolah di bawah anjuran JK Kesihatan, JK Pengurusan Prasekolah, Tahun Satu dan Kelab Doktor Muda Sekolah telah mengadakan PROGRAM AMALAN PERMAKANAN DAN PERGIGIAN YANG SIHAT dengan kerjasama PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH bersama KLINIK PERGIGIAN PARIT.
Program adalah seperti berikut :
Tarikh : 28 Februari 2012
Masa : 8.30 a.m hingga 12.30 p.m
Sasaran : Murid Pra Sekolah dan Murid Tahun Satu
AKTIVITI
- Ceramah dan Demonstrasi Kesihatan - Amalan Pemakanan Sihat & Amalan Pergigian Sihat
- Pameran Kesihatan - Amalan Pemakanan Sihat/ Piramid Makanan
- Permainan Kesihatan - Pasukan Pergigian Parit bersama Pelatih Uitm Seri Iskandar
- Pertandingan Mewarna, Menamakan Gambar dan Pertandingan Gigi Bersih dan Cantik
RASIONAL
Program ini adalah bertujuan untuk memberi info berkenaan amalan pemakanan sihat dan pergigian sihat kepada para pelajar pra sekolah dan tahun satu.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyampaikan info berkenaan amalan pergigian sihat dan amalan pemakanan sihat kepada pelajar pra dan Tahun Satu.
- Memberi latihan asas pengurusan kesihatan diri dan amalan cara hidup sihat kepada pelajar sasaran melalui ceramah, demonstrasi dan pameran kesihatan khusus berkenaan amalan pergigian dan pemakanan sihat
- Meningkatkan motivasi diri untuk enjadi contoh kepada rakan-rakan lain melalui ketrampilan diri yang berhemah, sahsiah yang terpuji, berakhlak mulia dan mengamalkan sikap sentiasa membantu rakan.
Sekian, Terima Kasih. Atas Semua Yang Menjayakan Program Ini. Tahniah !!