SEKOLAH KU

Wednesday 11 July 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Assalamualaikum...

Bertarikh 10 Julai 2012 (Selasa), Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar telah menjayakan SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN SERENTAK 1 MALAYSIA dengan jayanya.

Murid sedang menjalankan aktiviti senamrobik 2012

Majlis dilancarkan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Muhd Noor bin Harun. Bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar. Semua murid dan guru terlibat.

Terima kasih kepada guru pelatih yang kini sedang menjalankan praktikal berjaya menjadi koordinator senamrobik dengan begitu baik sekali. Syabas.

Guru Besar melancarkan Senamrobik 1M 1S.

Koordinator Senamrobik...guru pelatih.

Murid SKSI sedang bersedia untuk aktiviti senamrobik 2012

Guru wanita bersama Pk Pentadbiran begitu teruja ingin melakukan aktiviti senamrobik
Semua muka kelihatan ceria.

Sebahagian lagi guru wanita SKSI....bersemangat. Itu yang harus anda tunjukkan.
Murid bersemangat guru lagi bersemangat. Bagus dan Syabas !!

Sebahagian guru lelaki...smart bergaya...tapi bersenamrobik tetap dilakukan.
Berpeluh beb...bukan tak berpeluh. 

Apapun aktiviti ini memberikan pengalaman dan kesihatan yang baik buat anak-anak didik.

Terima Kasih.
Jumpa Lagi.

No comments:

Post a Comment

Komen biar bernas, rasional & tidak emosi...untuk membangunkan sekolah ini demi anak bangsa.

Warna Warni Kehidupan Kami