SEKOLAH KU

Sunday 21 October 2012

Persiapan Menjelang Zoomers Kelab Dr Muda Peringkat Negeri Perak

Assalamualaikum...

Alhamdulilah...sekolah kami dipilih sebagai tuan rumah peringkat NEGERI untuk ZOOMERS KELAB DR MUDA.  Sepanjang dua minggu ini semua warga SKSI khususnya para guru bersama kakitangan bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut.  Keindahan sekolah makin teserlah.

Komitmen yang diberikan oleh Pentadbir bersama warga SKSI cukup baik menjadikan aktiviti persiapan menyambut tetamu VVIP Zoomers pada 23hb Oktober ini lancar dan baik.  Malah sekolah kami telah dihadiri oleh kakitangan Kementerian Kesihatan yang turut bersama menyiapkan persediaan majlis tersebut.

Khemah-khemah tetamu VVIP dan pameran telah didirikan. Banner-banner telah dipasang sekitar bandar Seri Iskandar. Orang ramai khusunya penduduk SERI ISKANDAR dijemput hadir pada 23.10.2012 ini.

Moga 23hb ni majlis ini berjalan dengan lancarnya. Ameen.






















Masih banyak lagi kawasan yang telah diindahkan.  Taman Herba belum sempat diupload bersama bilik Dr Muda SKSI.  Insyallah paparan berikutnya akan menyusul gambar-gambar bilik-bilik Khas yang cantek-cantek yang di up gred oleh guru-guru SKSI.

Semua ini adalah kerja ikhlas kami para warga SKSI menyambut tetamu disamping bersama menjayakan
ZOOMERS DR MUDA
PERINGKAT NEGERI PERAK
2012.

Sekian, Terima Kasih. 

Wednesday 10 October 2012

Motivasi Tahun LIMA 2012

Assalamualaikum


Alhamdulilah, Bertarikh 04 Oktober 2012. Dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan  Program Motivasi buat semua murid Tahun Lima.

Program ini telah berjalan dengan jayanya. Diadakan di Bilik Tutorial Blok D.

Penceramah Khas yang berpengalaman telah dijemput iaitu :

Ustaz Azhan Ishak
Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa
Jelapang, Ipoh. Perak.

Tahniah diucapakn kepada penganjur : Puan Wan Faridah Wan Ahmad (DG44) Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling SKSI.


UJIAN LISAN BAHASA ARAB

Assalamualaikum...

Perhatian buat semua Ibubapa dan Penjaga Tahun 3 hingga Tahun 5.
Esok ( 11 Oktober 2012) akan dijalanakan :

UJIAN LISAN BAHASA ARAB 2012
(8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI)

Kelolaan :  Ustazah Kasmaini.


Friday 5 October 2012

PROJEK MENCERIAKAN BILIK SAINS

Assalamualaikum...

Cikgu Arzahar Ismail bersama beberapa murid perempuan Tahun Enam yang berbakat melukis sedang menceriakan bilik sains.

Mural

Bilik sains di sekolah ini terdapat dua. Kedua-duanya digunakan pakai. Berdasarkan sejarah bilik sains ini, ia hampir tiga tahun tidak digunakan. Terbiar tanpa ada guru yang menjaga bilik ini.  Maka pada tahun 2010, Cikgu Arzahar Ismail telah mengambil alih bilik tersebut.


Proses menghidupkan semula bilik ini berjalan secara berperingkat. Dan terbaru Cikgu Arzahar Ismail bersama murid perempuan Tahun Enam berusaha untuk menceriakannya sebaik mungkin.


Maka kumpulan ini telah memulakan misi menceriakan bilik ini bermula 2 minggu yang lalu. Alhamdulilah..mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.  Terima kasih kepada semua yang terlibat. 

Dijangka keceriaan luaran bilik sains ini akan sempurna disiapkan minggu hadapan. Tarikh ditetapkan 12.10.2012.   Selepas siap di luar, bilik ini akan diceriakan pula dibahagian dalam. Proses mengecat syiling menjadi fokus utama untuk dijadikan Galaksi Bima Sakti. 

Doakan moga impian cikgu sains bersama pembantu-pembantunya ini suksess dan berjaya. Insyallah. Ameen.

MINGGU BAHASA INGGERIS

Assalamualaikum...

Sk Seri Iskandar, Seri Iskandar bertarikh 1 Oktober 2012, Panitia Bahasa Inggeris telah melancarkan secara rasmi MINGGU BAHASA INGGERIS.

Perasmian disempurnakan 
Penolong Kanan HEM 

Perasmian diadakan di tapak perhimpunan sewaktu perhimpunan rasmi sekolah. Beberapa aktiviti telah dirancang bagi menjayakan program ini. Semua murid terlibat dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Salah seorang murid
sedang menjalankan aktiviti minggu BI

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada usaha yang dilakukan oleh semua guru Bahasa Inggeris ini. Kepada semua murid SKSI selamat mengikuti program dengan jayanya.

Barisan Guru Yang Mantap
Membangunkan Kecemerlangan Unit Bahasa Inggeris


Sekian, Terima Kasih.


Warna Warni Kehidupan Kami