SEKOLAH KU

Thursday 16 August 2012

Sumbangan Guru SKSI untuk Ramadhan 2012

Assalamualaikum..

Bersempena dengan bulan penuh keberkatan ini, pihak KGKT telah menganjurkan Program Sumbangan Ikhlas Warga SKSI khususnya para guru kepada pihak yang memerlukan.

Program ini merupakan acara tahunan anjuran KGKT.  Telah berlangsung pada minggu pertama Ramadhan. Sambutan amat mengalakkan. 

Pihak KGKT mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang ikhlas menyumbangkan beras 5Kg dan gula 1 kg bagi menjayakan program murni ini. 

Semoga Alllah SWT sahaja dapat membalas jasa-jasa kalian.  Kepada pihak yang layak menerima iaitu dikalangan murid-murid berkelayakan dan kakitangan sokongan sekolah khususnya kakitangan swasta diharap dapat menerima pemberian ikhlas para guru ini dengan sebaik-baiknya.  

Terima kasih daun keladi.

Bentuk sumbangan yang dihulurkan oleh para guru dan kakitangan SKSI
sebanyak 50 kampit beras 5Kg dan 60 kampit gula 1kg berjaya dikumpulkan dalam menjayakan program ini.

Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Nurishah Mat Taib sedang menyampaikan sumbangan kepada murid yang layak menerima.

PK Hem Encik Salleh
Menyampaikan sumbangan

PK Kokurikulum Encik Mokhtar
Menyampaikan sumbangan

Pihak KGKT sukacita mengucapkan jutaan terima kasih
atas keikhlasan para warga SKSI
dalam menjayakan
program
ini.

TERIMA KASIH.
Berjumpa lagi di Ramadhan 2013...Insyallah.





Warna Warni Kehidupan Kami